Monday, July 15, 2013

Ramadhan

Alhamdullillah syukur ke hadarat Illahi masih lagi kami sekeluarga di beri peluang utk bersama sama menempuh bulan Ramadhan ini..syukur...

Syukur bertambah kerana daku masih diberi kekuatan untuk berpuasa penuh dan terawih penuh walau keadaan membawa nyawa si kecil dalam kandungan kadangkala menimbulkan kerisauan. Merujuk kepada yang pakar, mak dan rakan rakan, maka ku teruskan semangat berpuasa moga si kecil dalam perut mendapat sepenuh keberkatan..InsyaAllah. Memang masuk jam 4 petang je perut berbunyi, kadang2 mcm cramp agaknya beliau lapar kot..tapi terapi zikir dan tak fikir sangat harap semuanya selamat. InsyaAllah

Masih meneruskan misi memasak dengan gigih walau rasa mcm nak tidur je depan dapur tu, demi suami dan anak ku gagahkan juga....Tak lalu makan nasik tu memang sinonim kan setiap kali pregnancy..so kena ganti dengan benda lain yang berat. Setakat  hari puasa ni masih boleh fikir menu menu nya..Harini tuan besar request black pepper chicken mayo sandwich dan nasik goreng cendawan..Ok roger roger, me pulak tak habis habis dengan cucoq bilis cucoq udang. 





Mujur la 4.30 dah balik, sampai rumah siap2 solat asar, sinsing lengan baju terus ke dapur, sikit sebanyak mesti ada request mama nak itu mama nak ini,,,kurang2 5 hingga 6 kali selagi tuan besar tak sampai rumah dari kerja untuk layan dia..Kejap nanti helikopter lalu dia kata nak naik helikopter, kejap kang tengok citer Tayo Bus tu dia nak bus, kejap kang nak naik keretapi.


Kali ni hanya 2 malam saja berjemaah berdua berterawih di rumah 1 sebab me rasa pancit sangat tapi syahdu sungguh nak tinggalkan terawih berjemaah, 1 lagi sbb Qq dah tidur...tidur terlalu letih sampai tidur berdiri..Again tuan besar simpati dan bersolat je berdua...selebihnya kami ke Masjid Imam Al Ghazali seperti tahun2 lepas..QQ behave well, tapi kali ni since dah pandai cakap 2 hala, maka dia memang tak merayau so far alhamdullillah, tapi dia ada kegemaran lain, iaitu makan makanan moreh!! Stress mak jemah! Sebab me akan buat 8 rakaat je...semput...so sementara nak tunggu tuan besar habis 20 rakaat tu dia request nak mee nak mee....sedap benor ke mee tu sampai mama masak taraf 5 bintang tapi awak cakap gini " Mama Qhalyf dah kinyang ar mama...dah kinyang"..tapi sampai masjid 3 mangkuk mee goreng awak makan.Bila hari takde mee muncung je mulut tu.eh sentap pulak dia..Haihh sabor je la nak oi...asalkan mahu makan....terima kasih pada penderma moreh, moga anda mendapat 1001 keberkatan sebab anak kecil ni suka sangat.




Again, puasa adalah bukan hanya berlapar dahaga.....lebih kepada bulan tambah ibadah, bulan mohon keampunan, bulan kesucian, semoga daku lebih istiqamah, moga Allah makbulkan semua permintaan2 ku...Semoga daku terus diberi kudrat yang lebih untuk dapatkan keberkatan bulan mulia ini..InsyaAllah





Tak berapa excited nak raya.......makcik excited nak packing barang nak pindah rumah sudah...yahooooo...cepat la dapat call suruh amek kunci...


3 comments:

sykn's said...
This comment has been removed by the author.
sykn's said...

assalamualaikum jaja in d house!

alhamdulillah, what a double joy...take care yer mama....pindah-randah nnti, slow and steady...kalu dah sebelah rumah tu...campak2 jer barang kat pintu sebelah...;p

ha lepas tu leh la 'opening the houseee' =p

whatevernye pun, take care and selamat berpuasa!!;)

» NAJA « said...

tq tq tq Kin....seronok tu hanya sekelumit Kin, yang lain nya serabut, nak kena buat itu buat ini..kita kan dalam mood tidur tidur tidur je ni kan ahaha parah parah