Monday, April 29, 2013

Ujian dari Allah S.W.T - Harta Kekayaan


Assalammualaikum ..

Semalam tatkala menunggu waktu maghrib kami suami isteri berbual mengenai kehidupan. 
Kehidupan di atas dunia ini yang hanyalah palsu, sementara, pinjaman.
Dan apa yang ada semua ini, setakat ini adalah amanah dan ujian.
Sungguh menakutkan...kerana ini semua adalah cabaran.Yang hakiki masih menanti kita.

Suami berpesan lagi, jangan sesekali memandang rendah atau berdetik sekalipun dalam hati mengata kesusahan orang, kedaifan orang, keburukan orang. Beliau menceritakan 1 kisah, semasa beliau solat Jumaat di Masjid Al Bukhari minggu lalu, beliau terdetik hati mengatakan kopiah seorang jemaah yang solat saf hadapan beliau sedikit kotor mcm lama tidak bercuci, berdaki barangkali,  (beliau sentiasa ingat tentang kebersihan kopiah  sebab daku selalu remind dia once a week tukar kopiah yang kotor akan ku cuci), jadi semasa habis solat, beliau bertentang muka dengan jemaah tersebut, masyaAllah itu orang buta rupanya, terus beliau rasa sangat tersentuh dan rasa tak patut beliau mengata pasal kopiah orang itu. Kerana mungkin orang itu buta jadi beliau tak tahu pun kopiah dia kotor, masyaAllah. Suami merasakan bahawa orang itu 1000 kali lebih suci dari dirinya sebab Allah dah butakan mata orang itu lantas, telah menarik 1 dari deria yang menyumbang dosa, maka orang buta itu terselamat dari dosa mata. Subhanallah...

Andai Allah izinkan usaha kami ini berbuah kejayaan dan kesenangan dan konon konon nya berada on top of the world kekdahnya...jangan perlekehkan orang yang berada di bawah, orang yang susah dan moga Allah tetapkan hati kami supaya rajin membantu, rajin sedekah.
Kami sama2 lantas berdoa, Ya Allah tetapkan hati kami, teguhkan iman kami dan segarkan hati kami ini dengan ingatan sebegini tatkala kami dalam kesenangan nanti. InsyaAllah..

Kerana Allah menduga kami tatkala kami susah begini, dan tak mustahil Allah akan duga lagi jika kami senang nanti. Allahuakbar!

dan tiba2 masa sedang kami bertazkirah maghrib, terus keluar di skrin TV channel OASIS, kebetulan barangkali...

"Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi)."



1 comment:

DedDy AdaM said...

" aku lebih suka kehidupan orang2 marhaen, Ya Allah...biarpun kau menjadikan aku miskin di dunia.., janganlah pula kau menjadikan aku miskin di akhirat..Amin,"