Wednesday, December 26, 2012

Dugaan Ibarat Hadiah

Lama sangat tak menulis kan
Kadang2 ada masa senggang tapi entah lah
Mungkin kepala dan otak tak centre lately tu yang feel nak menulis tak datang

Hectic betul hidup aku lately, macam macam dugaan datang
Aku sabar kan je lah nak buat macam mana
Aku anggap je lah setelah bertungkus lumus handle dugaan ni
Nanti hasilnya ibarat hadiah dari Allah, pasti mengasyikkan.

Selesai satu perkara iaitu wedding adik ku yang ke 5. Alhamdullillah.
Tahun 2012 dua orang adik ku kawin
juga dua orang sepupu rapat ku kawin
Jadi anda bayangkan lah kesibukan tahap apa 
Ke hulu ke hilir berdua bersama hero kecil ku, hero besar sibuk jadi nak tak nak terpaksa haruk berdua je.

Cuti tahunan aku jangan cerita lah, bulan 12 ni je aku dah ambik 3.5hari cuti tanpa gaji.
Memang ratu cuti betul aku ni.Gaji pun telan air liur lah aku tengok kena potong beratus ratus..situlah sibuk pegi interview kerja situ lah adik2 kawin. Allah..

Dalam bulan 12 ni jugak aku sibuk dengan satu perkara lagi. Perkara besar.
Sibuk dengan house hunting. 
Ye, aku nak beli rumah dengan kadar segara.  
Ini sebab gara gara tuan rumah sewa sekarang mempoyokan diri nak bagi rate sewa setanding dengan harga yang terdapat di alam maya.Kalau ikutkan peracangan kami suami isteri, adegan membeli rumah adalah lagi 1.5tahun, bagi selesai tuan besar punya study habis dulu. Memang ada banyak version cerita yang suruh kami beli awal, tapi kami ada perancangan kami sendiri.
Tapi kita ni manusia, rancang je yang boleh, Allah yang tentukan.
So sekarang ketentuan Allah..maka terpaksa dibeli dengan kadar segara sebab dah rasa macam melukut di tepian gantang pulak menyewa rumah orang ni..

dan..

Perkara ini amat lah susah rupanya. Balik kerja mesti ada appointment nak tengok rumah habis seluruh kawasan sini, Selayang, Gombak semua kami jelajah. Malam baru sampai rumah. Kesian sangat pada si kecil tu. Sampai dia wujud 1 peel baru mcm baby baby. Selalu dia kena marah sebab both mama & babah tengah stress gila. Stress sebab tak jumpa rumah yang memenuhi criteria kami. 

Beribu penyesalan datang kenapa masa belum kawin tak beli rumah. Menangis air mata darah pun tak guna. Bila kita dah berumahtangga beranak pinak dan terpaksa berpindah randah, ada satu perasaan yang tak cool okeh atau lebih tepat lagi SEDIH!! Aku punya la jaga rumah tu elok, cat lawa2, bersih, rental prompt tiap bulan sekali nak naik jugak..tapi aku tak salahkan dia pun. Biasa la semangat kapitalis kan! 
 
Tapi ketentuan Allah itu lebih tepat. Jalan terbaik. Sebab kalau tak jadi semua ni, takkan ada rasa nak beli rumah sampai bila bila. Aku percaya Allah will rewards macam2 kepada kami menjelang 2013..rumah baru mungkin? kerja baru mungkin? baby baru mungkin? doakan kami!!
Sekarang dugaan melanda, beberapa ketika nanti merasalah kami hadiahnya insyaAllah.


Dugaan satu lagi datang iaitu...hero kecik ku sudah mula dinaikkan ruam chicken pox...Allah...
Berikan aku dan suami kekuatan untuk handle semua dugaan ini ya Allah. Andai ini cara hapuskan dosa dosa kami, kami redha..Moga ketentuanMu adalah yang terbaik dunia akhirat untuk kami sekeluarga. Alhamdullillah.








1 comment:

Noorul (SiaJNaD) said...

hmm.. semoga tabah dengan ujian dan dugaanNya ye aja... so skrg tgh hunting rumah la ye... semoga cepat jumpa rumah idaman dan semoga 2013 nnt memberikan kemanisan dan kebahagiaan...