Monday, October 29, 2012

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Alhamdullilah dah selamat sampai ke KL almost jam 1 pagi tadi.
Ting tong ting tong juga mata ni..cehh macam aku pulak yang drive kan
Hello i 2nd co pilot of cos la rasa penat juga melayan pemandu supaya tak mengantuk
Mujur ada 1st co pilot duduk depan tolong bagi meriah sikit dalam kereta

Aku rasa kerajaan/ pihak berwajib perlu buat sesuatu la dengan highway kita ni..bayang kan 10 tahun lagi sure kenderaan makin bertambah, even harga tol juga mungkin akan lagi naik, tapi keadaan traffic flow makin disaster..apa perancangan mereka sebenarnya? Of course sebab hari raya atau apa saja festival mesti orang akan keluar rumah pergi sana sini. Cuba lah berbuat sesuatu..Merancang jadual perjalanan juga sudah tidak relevant lagi kerana aku dah rasa dan alami setiap jam yg aku keluar tu konon2 nya tepat tapi nan hado kekdah nya..tehtap juga kena tersengguk sengguk atas highway. Mesti ada orang kata alaa guna je la jalan lama kan. Stop it! aku tak pernah suka dan tak terasa pun nak keluar masuk guna jalan lama, sungguh tak relevant lagi aku rasa, dengan lorong yang kecik ciput, silap2 double line spjg jalan, lori2 banyak yang nak skip tol, kawasan gelap kalau apa2 jadi susah bahkan siap ada traffic light lagi merata. A big NO!

Especially kalau balik Ipoh, dah la takde flight yg pergi sana..so mmg kena guna kenderaan darat je la. Tiada pilihan. Ok stop cerita pasal jem. Memang topik harini di facebook adalah "JEM" hahahaha..

Hari raya Aidiladha kali ni sambut di JB. Best. Dari KL lepas isyak hari Khamis tu, sampai JB dalam jam 3pagi tidur 2 jam lebih je pastu pukul 6 dah bangun untuk subuh. Mak mesej imam pukul berapa start solat, imam kata pukul 8, so biarpun rumah tu ada 3 bilik air, kalau dah ramai pepagi buta sure memekak juga rebut bilik air. Dalam 7 setengah semua dah keluar rumah. Sedap sungguh Imam Yusman tu punya bacaan. Kami solat di Masjid AlJawahir Taman Mutiara Rini. Aku dan QQ saje dok blakang, mujur lah dia tak berapa familiar dengan masjid tu so dia tak la merayap sangat. Cuba kalau aku solat kat masjid Bandar Menjalara ni, habis dia ronda 1 masjid.


Lepas habis solat kami semua makan berkat, makan dalam dulang ramai ramai, dan of course menu specialty orang Johor iaitu nasik Baryani Gam, masyaAllah tersangat lah sedapnya terasa rasa sampai skrg. QQ yang bukan kaki makan pun punya non stop dia makan sampai 3 hari dia kenyang agaknya. Makan pulak ramai ramai dan aku join kawan2 mak..Hahaha feelings makcik makcik sangat hokey. Antara ayat familiar --->> "Ani, ini cucu awak ani, ya Allah bulu mata nya melentik betul, kalau jadi perempuan ni tak payah pakai mascara"..Adoii laa..berulang2 orang kata gitu..tapi ada sorang makcik tu cakap.."Lentiknya bulu mata cucu awak ni Ani, mesti kuat nangis!" kahahahahhaa mmg betul makcik! Give me 5!! Habis mak promote merata cucu dia, tapi cucu dia nan hado mana pernah nak mak dukung, cuba kalau Atok yang dukung, laju je dia terus mama jadi tak laku di pasaran. Punya la ralit makan sembang sampai hilang songkok QQ mujur dah habis raya, tahun depan beli songkok baru ok. Mana tak hilang sibuk dengan helikopter, botol air, BB dan Titin dia nak hangkut ke masjid..Sabor je la.


Bali solat raya baru start masak. Mak masak nasik baryani juga. Adoii sudah mula teringin balik. Mak dah 3x ajar aku masak baryani tapi sebabkan fikiran aku kelaut tengah2 dok ajar, tetiba si kecik datang kacau aku terus lupa, esp. part masak daging baryani tu. Takat dalca aku lepas lagi. Kalau nak hasilnya sedap dan purely Johor mmg rumit sikit step by step, setakat asal boleh aku boleh hentam lagi. Nanti mak datang KL nak suruh ajar lagi betul2 punya. Ada rezeki  nak panggil kawan kawan kesayangan saya dtg rumah makan. Bukan utk puji diri sendiri tapi utk ambil hati ramai pihak yang tersayang aku boleh dah masak 4 5 perkara apa yg mak masak ikut cara dan tekak mak, abah, suami dan adik2. Sebab suami ku itu sangat cerewet tahap gaban mungkin antara sebab aku mesti belajar. Raya haji ni aku tak buat kuih sangat, cuma buat Almond cluster 200pcs dan beli swiss roll je bawak balik. Laris. Gembiranya aku.


Sekarang dok tulis blog aku ni tak habis blues cuti lagi ni. Sudahla ye..buat2 la kerja tu ye..Hehehe..oppSSss Air Asia tengah free seat skrg ni, mari la berjuang haaha..Alaa tapi susah la deal dengan orang tak tentu jadual masa ni, sudahnya terbuang gitu la tiket aku :-(





2 comments:

Noorul (SiaJNaD) said...

wa.. aja pun balik johor gak ye... bestnya makan briyani... menu johor mmg menarik!!!

DedDy AdaM said...

apa kata kita bertukarrrr...,