Umur 2 tahun 3 bulan
Sekarang memang pandai cakap sikit²
At least improvement yang banyak dari dulu
Oh sungguh dulu cukup lah daku tekanan memikirkan apa dia ni cakap/rengek kan
Doa punya doa, ajar punya ajar, buat petua bagai disuruh,
Ok boleh diterima lah nampaknya
Masalahnya sekarang ni..
Dia pulak naik tekanan dengan aku dan Babahnya
Kerana ada benda² yang kami masih belum faham
Tapi dia bajet dia cakap dah habis betul tapi kami belum paham²
Ha ha ha kesian tapi sangat kelakar
Contohnya:-
Kes No.1
Dia mahukan phone Yayongnya (Yayong = Maklong) kerana dia sangat sinonim Yayong kalau datang suka menghiburkan dia dengan phonenya. Dia mahukan phone tu untuk dengar lagu balik Kampung OooOOo Balik Kampung by Sudirman, dia cakap² tapi kami tak berapa faham sangat pada awal nya, tapi sudahnya kami terus faham, tapi saja pretend tak faham, sampai dia terpaksa menyanyikan lagu tu...tapi masalahnya kami tahu dia nak lagu tu - lagu OooOO balik kampung tapi dia nyanyi melodinya dah macam lagu Negaraku ha ha ha dah tu camne?? Sebab bila kami bukak lagi Balik Kampung tu terus dia kata 'haaaa!' yey! Maksudnya kat sini dia nak benda A tapi dia sebut E F..dah tu camne??
Kes No.2
Kes No.2
Dia mahukan phone Babahnya sebab nak main game lumba motor superbike. Masa tu dah nak tidur. "Babah otto otto" kami dah faham, tapi saja pretend tak faham, membebel² ^#^)@*#&#&#(#)@)(*!(! lama betul dia nak bagi kami faham sampai buat bunyi moto "vroOoom, vroOOm" last sekali..memang berderai derai kami gelak...dia pulak nangis kepenatan menerangkan dan frust tak dapat phone sebab kena paksa tidur maka tidur lah dia dengan linangan airmata hahahahaha jahat kan aku
Harap dia dapat belajar lagi banyak vocabulary dan tahu to applynya.
Ha ha ha ha best betul menyakat..
Lately dia nampak benar keboringan bila balik rumah, dia perlukan satu objek yang seolah olah bernyawa dan boleh respon pada dia untuk berjenaka, bergaduh, bercakap, berlari dan segala, dia sudah boring menghadap buku² dan toys² dia mungkin, dia perlukan permainan² gadget yang mencabar minda atau dia perlukan seoarang manusia yang boleh dia panggil "adik"...insyaAllah ada rezeki mama & babah will fulfill both requirements ok..Buat masa sekarang sila belajar tidur sendiri!!! hahahahaha
3 comments:
wah... dah besar dah dia.. dah boleh beradik dah tu aja...
bab nak "adik" tue yg bagus alep..so cik jaja n cik S, apelagi..chayok2..
ok insyaAllah kawan2 kalau ada berita baik saya pasti update di sini ye..stay tune hahaha
Post a Comment