Wednesday, July 11, 2012

Birthday Celebrations

Hammmekk ko nak sangat ber besday celebration konon, hai lah anak betapa bertuahnya kamu..Esok kalau ada adik mama babah kena juga buat macam ni.

Kelmarin celebrate kali ke 3 birthday QQ. Since taska haritu masa bulan 6 sibuk nak pindah rumah, so mama postponed lah dulu, kelmarin baru berkesempatan. Simple je celebrate pun, mama beli kek je, lain2 semua cikgu siapkan. Sebab mama halfday, mama kena buat juga since goodies bag semua mama dah siapkan untuk 40 pax kan. Lagipun cikgu2 semua pakat dok bagi hadiah mama rasa tak best pulak.

Punya la meriah budak2 tu, sampai baby2 yang dalam bilik nangis semua sebab bising sangat dengan gelak2, dengan bunyi tiup2 tu. QQ seperti biasa suka sangat dengan kek, ala mama beli 1.5kg sponge cake je gambar kereta je, punya la dia nak conquer nak meniup sampai terbakar bulu mata yang hat tengah2 punya. Kelakar betul.


Kek last minit mama beli dekat Berrys je..Lagi sedap dari Kings tu yang entah apa apa rasa keknya..Gambar harus lah kereta kan, sebab tuan punya kek suka benor kat keret, kek ni tempah last minit, patut 1 day in advance, sebab nak custom made 1.5kg standard punya 1 kg mana cukup kan, so aku pegi dah pukul 1pm nak collect 4.30pm tapi orang kedai kek tu baik dah biasa dengan aku dia kata ok boleh laa next time jgn buat lagi dia kata hahaa


With kakak Fatin, dia ni lah best buddy QQ dari kecik sama sama membesar, Fatin anak cikgu taska, tiap2 kali balik mesti dia anta beg QQ ke kereta la, mesti kurang2 hantar dekat pintu, kalau QQ balik senyap2 alamatnya meraung guling2, so mesti panggil dia kalau nak balik..Selalu beralah dengan QQ dan bei apa2 mesti untuk QQ juga. So aku rajin juga bagi dia macam sebab dia cute. :-)



Yang kiri tu Rafiq, yang tengah2 tu Nabila (juga anak cikgu), ini lah 4 sekawan a.k.a VVIP kids
4 orang ni mesti together2. Rafiq dari kecik juga kat taska tu. Kenapa aku panggil VVIP, aku tak mintak pun anak aku dilayan cam tu, tapi rezeki dia ramai orang sayang, camtu juga Rafiq walau bukan anak cikgu tapi aku nampak cikgu mmg sayang dia lebih. Rafiq ada kakak dah form 1 pun masih duduk kat taska tu, dari kecik kakak dia di hantar ke situ, mak pak percaya kat taska tu cikgu2 pun baik2 dan sangat sayang budak2 jaga macam anak sendiri, bayang la sampai form 1 pun masih dok situ, dah macam kakak pengawas pulak kakak Rafiq tu ada lagi  3 4 orang budak2 sekolah menengah dok situ. Bagus juga pendekatan mak pak derang, yelah skrg budak2 makin advance, dan bahaya ada di mana mana, at least derang dok Taska sementara nak tunggu waktu sekolah tu ada baiknya juga, sebab situ ada personal tutor datang mengajar Maths dan English dan ada Ustazah datang ajar mengaji in person. Pernah ada 1 cikgu yang dah berhenti sebab pemalas dan suka cepat tangan pukul budak2 di berhentikan, pastu cakap yang budak 4 orang ni anak VIP tak boleh diusik katanya. Saja nak medengki la tu.


 Yang budak lelaki tu baju biru tu, dia tinggal sama block rumah aku, dulu2 aku ingat makpaknya penah kata, eh awak jangan hantar taska belakang tu (taska skrg ni) situ bagi minum ubat batuk la kat baby2..masa tu dia anta taska bawah bukit, aku pikir2 takpe lah tawakkal kepada Allah sajalah, tup2 tahun 2012 ni dia anta 3 orang anak dia kat taska QQ ni :-)


Gigih Cikgu Wina (Cikgu kesayangan) QQ mendeco sampai pagi2 buta Pengetua Taska dah mention "Wina harini besday anak kau, cepat lah deco" hahaha..bayangkanlah jam 8.45pagi aku dtg anta QQ dia dah siap gantung belon...




Makcik Ezah dengan kawan2 anaknya :p


 Fatin, tengok budak belakang tengah minum air non stop, baju dah jadi macam belacan

 Hahaha susah nak jumpa orang eja nama Qhalyf betul betul, takpe lah janji ada bunyi :-)


Cikgu buat makan simple2 je tapi aku tengok anak anak orang makan selera sekali, anak aku takat rasa rasa je gitu pelik betul lah, jadi alhamdullilah selesai sudah sambutan hari lahir ke-2 QQ..sambutan kali ke 3..




sambutan pertama yang kat rumah sendiri haritu, sambutan kedua at rumah mak Ipoh tapi celebrate semua untuk June birthday, ramai benor June nya..so buat sekali lah..




 Udah macam belacan daaa baju, mujur babah tkde kalau tak mama mesti kena bebel


Alhamdullilah, rezeki...


4 comments:

sukahati said...

eh...uol pindah rumah?

DedDy AdaM said...

comel budak fatin tue ekk, ado harapan jadi calon menantu..bagi ai laa, isitlah vvip mgkin adalah mcmna kita treat org yg jaga anak kita, ai x kisah belikan jajan utk diorang,belikan buah tangan setiap kali blik klantan, bawak diorang pegi psar mlm, siap bagik tiket konsert utk semua cikgu2 n termasuk family owner taska tu, bersembang sekejap bila ambik Adam, x susah utk ucapkan terima kasih, kerana nilai dia mahal harganya.. sebab kadang2 ai tengok sesetengah ibubapa ambik anak, start kete terus chow..wajarkah sebegitu..?

» NAJA « said...

Kak Suka - Bukan Kak Ezah pindah, tapi taska yang pindah..:-)


Wahab - Setuju!!! jasa diaorng pada kite byk ok, datang lah macam mana bentuk taska lain pun yang lebih bombastic + harga bombastic, kami laki bini tak punya rasa untuk tukar Alep ke taska lain..sini walau tidak ada pembelajaran yg hebat2 tu tapi lebih "feels like home" pada anak2..

RZMs Mommy said...

'feels like home' & trust adalah sgt penting utk tnggal anak2 ... good job kak ezah! konsep jangan bekira sangat dgt penjaga anak2 kita memang sgt perlu di implement oleh mak2 mcm kita.... bila penjaga, ticher, bibik dapat extra attention dari kita, anak2 kita pon akan dpt VVIP status tu secara tak langsung...trust me, it works!