Monday, June 18, 2012

Freshman Father

Cerita ini kesimpulannya dia bawah 1 perkataan iaitu KETABAHAN
Pasal cerita ni aku dok sobsobsob sampai anak pun naik heran, asyik dok panggil, mama? mama? mama? angkara dia tak boleh tengok aku nangis (haaa tau takut!)

Pasal cerita ni la dok drag aku sampai kul 4 baru sampai rumah Amy konon kata awai nak mai tolong tolong ringan tangan, heyyyy Puan Amy hamponnkan saya!!! hehe tapi saya antara yang awal selepas MIL kamu kan kan kan ;p

Cerita ni buat aku melekat depan tv, kerana lebih kepada ketabahan, aku percaya tiap pada kawan kawan aku yang rapat mahupun ahli keluarga, mesti ada perkara perkara yang mereka perlu tabah. Serius aku katakan tabah aku tak setabah mereka.

 Sinopsis cerita ini, adapatasi true story katanya kan:-


Kerana cerita ini sedikit sebanyak terkena pada diri aku, pada sikap aku, lebih kepada cerita ini buat aku menginsafi diri sebab aku mudah hilang sabar, aku mudah jadikan ketidakpuasan hati aku isu utama berdebat TANPA fikir the other side secara mendalam, tu yang boleh sob sob sob tu tengok cerita ni.


Lagi lagi bila dia dalam keadaan yang stress terlalu tinggi, kerja dia bukan duduk dalam office pakai tie, dalam aircond, perlukan kudrat otak sahaja, tapi kudrat tenaga badan juga, lari site sini lari site sana tengah KL yang jem bagai nak rak, dengan phone calls, dengan site report, dengan boss yang gila pangkat, sampai ke tengah malam kawan kawan standby duty call kalau ada problem, dengan attend macam2 benda, dengan bini yang selang 2jam sms tanya buat apa makan apa itu belum masuk kalau tengah perang saraf:P,

itu hal office,

Hal belajar, 


Dengan assignments, dengan study time, malam nak mula study anak ketuk pintu sambil panggil "babbbah, babbbah" sampai ke hati nak biar, diangkat anak utk peluk2 anak pun mula main pen main buku, so drag la lagi masa belajar babahnya. Nak pujuk anak suruh tidur hantar pulak anak atas katil, last last Babah tidor dulu, dah tu studynya ke laut lah kan,


Berbalik kepada cerita Freshman Father ni, memang ada tertempias lah pada aku juga, padan muka aku! Kadang2 aku selalu terlepas pandang, tanpa aku sedar konon konon aku dah habis betul, tapi aku salah! Jangan kerana the other side itu diam, atau bertindak biasa, cool, tidak bermakna dia tiada perasaan di dalam kan! Dia tetap manusia, lagi lagi dia bergelar seorang suami. Tapi syukur Allah bagi aku peluang untuk kadang2 sedar kesilapan aku, itu lebih baik kan, dari sentiasa menonong rasa betul dan hebat!


Endingnya cerita ini dengan pemergian si isteri akibat tidak mahu tabah bersama lagi, tinggal lah anak dan ayah bersama mengharungi hidup, lagi membuat aku sedih, takkan ke situ pulak jalan aku mesti pilih, itu tiada IMAN namanya! tak lain tak buat aku mesti tetap bersama orang yang aku sayangi, susah atau senang,  keluarga kecil aku ini walau apa terjadi, walau beribu kilo tabah aku kena keluarkan itu antara modal yang aku kena keluarkan demi untuk sebuah kebahagian!


Itu bahagian cerita aku yang memerlukan ketabahan. Bahagian cerita kamu semua pula terpulang kepada kamu untuk mengolahnya. Bagi yang tidak faham mungkin akan rasa alahh kecil saja, bagi yang faham terima kasih atas kefahaman anda, sesungguhnya kalau kita tak berada dalam situasi seseorang itu kita tidak akan tahu tinggi atau rendah masalah dia. Jangan hanya pandai melihat dan membanding kalau tidak berada dalam kancah sebenar.


***
1) Moral of the story, sentiasa ambil tahu perkembangan kerja dan pelajaran suami
2) Jangan cepat melenting lagi2 bila suami tengah stress
3) Jangan asyik nak kire kalendar raya kite je, sedangkan suami stress :p
4) Jangan tau nak ajak pergi shopping or tengok movie kalau suami banyak kerja :p


Entah apa benda aku melalut petang2 ber migrain ni kan, tu je lah citer dia ok bye.




5 comments:

Noorul said...

hehehe mmg faham sangat maksud aja tu.. imma pun dah melaluinya dan alhamdulillah en suami telah berjaya menamatkan pengajiannya... mmg banyak yang perlu dikorbankan. mmg ada kala hilang pertimbangan, mula la membebel dan merajuk.. tapi bila difikirkan balik mmg banyak yang perlu kita fahami dan bertolak ansur... sama2lah kita belajar menjadi isteri mithali...

Iszuanie Ilias said...

hikhikhikhikhik byk2 mohon maaf agar suami x stress kita pown x stress....

DedDy AdaM said...

memang...memang saya setujuk..,

DedDy AdaM said...

kadang2 pompuan terlepas pandang, sebab lelaki buat something..dia x pernah sebut, atau x ungkit.., buat n diam, suatu waktu mgkin harap2 pompuan disebelah dia sedar dan menghargainya...

» NAJA « said...

hamboihhhhh tudiah Encik Wahab dah macam luahan perasaan tulus dari hati sanubari nampaknya