Monday, April 30, 2012

Little hero on surviving mode

At this time duduk di meja ofis adalah tidak berapa menyenangkan hati. Buah hatiku yang kecil lagi comel itu sedang masih belum sihat sepenuhnya.
Emak emak memang suka susah hati lebih, lagi lagi orang yang kuat berfikir bukan bukan macam aku ni ha, macam macam terbayang, benda berat berat pulak terimaginasi, bapa bapa as usual very cool and calm. Kalau anak tidak sihat, selagi tak jumpa doktor yang betul2 aku puas hati dengan explanation dan prescription ubat yang bagus selagi tu hati tak tenang.  Padahal ubat tu nanti kalau antibiotik memang aku akan habiskan tapi kalau setakat ubat batuk ke selsema ke (ini kalau pegi private pergi govt. jgn harap nak dapat strictly no ubat batuk n selsema for kids under 2.y.o. ok!) aku memang susah nak habiskan ubat ubat ni. Aku tak suka anak aku terlalu di bawah pengaruh ubat. Kalau tinggal sikit2 je lagi selsema tu aku biarkan naturally cure.

Alkisah dari demam weken lepas, demamnya sudah kebah, Rabu sudah ke taska seperti biasa, Jumaat pula balik itu bawak pulang dia nampak pasif dan garang dan senyap saja. Hati emak emak memang cepat tangkap kan pada diri anak tu kalau ada yang tak kena. Dalam hati dok tertanya tanya apa kena anak aku ni even panggil nama dia selalu dia akan menyahut ini diam saja. Sabtu tidak ke taska since Babahnya pun tiada kuliah petang sebab BERSIH tu kan so selamatlah. Sabtu malam dia makin pasif, muntah dan cirit pula. 

Ahad pagi bawa ke klinik doktor kata dia weak tak mahu makan muntah cirit segala tu sebab kahak, but jauh dari sudut hati aku memang kata tak mungkin! bawak dia breakfast ke KFC habis 1 kfc dia muntah. Dalam kereta juga muntah. Ok emak emak memandu kereta sambil anak di sebelah muntah membuak2 harus lah emak emak drive kereta manual like menunggang lembu liar hahaha..Babah di kelas malas mahu ganggu pandai pandai lah emak emak setel sendiri, habis tertangguh kerja men DIY  gift wedding Chik. So lawatan kakak iparku petang Ahad (semalam) adalah pin point untuk aku gesa apaknya bawak la anak ke hospital plsssss. My Sister kandung juga call suruh cepat cepat bawak pegi hospital sebab u know lah dia sangat fobia benda benda melibatkan anak jadi pasif right after demam ni kerana dia masih juga struggle with her 2 kids yang Anemia tu..

Mula mula mahu ke Tawakkal since recommendation kawan kawan cakap paed sana bagus, DSH memang tak mahu pergi sebab ermm ermm agak kurrreeng sikit lah treatment dari Paed dia last time, tiba tiba idea suami kata why not ke GH Selayang saja. Even ke govt pun insurans masih cover juga. So bagus juga tu. Dalam pada tu sempat cakap oo u ajak pegi GH sebab nanti u boleh escape tidur kat rumah kan sebab tak boleh teman kiteorg haha...Hampagas sungguh!

Lepas maghrib, apaknya suruh pulak siap2 packing, sebab mesti dia malas mau balik amek barang nanti waduh.padahal dekat saje.tapi elok juga, sebab kalau suruh dia yang packing nanti kami terpaksa pakai baju macam Boria Pulau Pinang..baju lain seluar lain stoking tak matching..hehehe.

Sampai di Emergency terus daftar bayar singgit terus kena pegi ke Fever Centre ..wallllahh canggih tu ada department khas. Selamat dan bersyukur sebab tak payah beramai ramai di Zon Hijau tu yang pelbagai drama tu. Memang pantas dan tuntas, amek darah meraung 1 centre dengar kihkihkih. So bila dengan doktor lepas dapat result tu terus aku cepat cepat tanya platlet, hemoglobin, etc etc. Semuanya normal\. Darah level yang ok yang tak payah admit punya.  Muntah tu disebabkan tonsil sebelah kiri bengkak. Ok give me 5 geng tonsil! dan doktor kata beri masa 1 - 2 hari utk ok balik with bekalan air garam dan antibiotik.
Sedang main main dengan gembira (masa sihat)

Sedang makan orange buah kegemaran tapi tidak mahu share lalu buat tangan tak bagi orang ambik orange (masa sihat)

Semalam petang yang sangat kurus mukanya 2 hari tak makan proper, tak mahu berjalan pun tido saje sedih nyaaaaaa :-(

So 2 orang hero sedang berehat di rumah, cepatlah anakanda sembuh kita ada event besar weekend ini. Cepat lah mula kayuh basikal, humban toys, humban kusyen sofa, makan makan tidak muntah tidak cir bir, cakap German banyak banyak, azan, doa, ameen kan doa, amek toys letak dalam oven, main jug kettle, main periuk nasik, main tong beras dan beras, bukak tutup peti ais, main air, 'kemas bilik belajar' lagi dan lagi dan lagi.

6 comments:

Noorul said...

Alolo siannya tgk dia dah lembik mcm tu... Ni first time ke kena tonmsil aja? Tonsil ni mmg macam tu... Azam dulu masa mula2 tu mmg struggle sebab selalu demam bila tonsil bengkak.. makan muntah.. minum susu pun muntah... mmg penting la kena minum air garam sebab takut badan dia dehidrate.. antibiotik mesti kena abiskan.. cuma kadang2 antibiotik biasa tak boleh lawan sakit tonsil tu kena antibiotik yang strong sikit.. bagi banyak minum air masak, buah-buahan yang masam2 kena elakkan ye...

» NAJA « said...

thanks Imma..ye lupa Azam juga struggle dengan tonsil dia kan. Semalam ada tanya doktor tu nak buang tonsil, dia kata memang tak boleh la sebab

1. dia kecik lagi

2. tonsil ni macam penanda aras dia lah macam antibodi budak tu nak lawan penyakit so dia mmg tak advise buang, unless dah besar nanti masih suffer, baru buang.

dah lembik betul dia tu tak seteruk kena HFMD haritu..

RZMs Mommy said...

sian QQ ibu :( tonsil no comment x pernah RZM experienced. byk minum air garam + air masak takut dyhydrated...bli glukos kasik bliau minum + energy so that x lembik sgt...get well soon sayang!

» NAJA « said...

genetik dari aku tu ... dulu2 masa zaman sekolah hazab uols mak menanggung tonsil ni, panas sangat tak boleh, sejuk sangat tak boleh....tu la mak aku pun suruh beli glukos....sebab tak pernah experience dia sakit lembik terus gini

Sal Abdul Rahman said...

siannye abang alep..Chik nak kawen dia sakit pulak yer..takpe nanti kenduri kompem sihat punya nak main kejor2 ngan sepupu sepapat bwh khemah kan ;)

» NAJA « said...

time kenduri orang ramai2 sekali datang perangai nak berdukung daaaaaa