Thursday, December 22, 2011

Classic Butter Cookies

Anakanda tercinta buah hati pengarang jantung ku itu sangat lah suka biskut. Selalunya dia suka
biskut yang panjang stick tu yang macam biskut marrie rasanya beli timbang2 tu,atau pun chipsmore kecik (yang besar tak tahu kenapa dia makan separuh je). Biskut dekat rumah memang sentiasa ada sebab kalau tak sempat nak bekalkan apa apa grab je biskut masuk dekat beg bekal dia.

So saja nak try classic butter cookies ni ambik resepi seperti biasa la di MyResepi je. Cuma resepi asal agak keras mungkin agak kurang liquidnya. Puan Suliana (Sifu) dah cuba 2 hari sebelum aku buat so kena tambah sket bahan basah, dia tambah whip cream, aku tambah butter. Gula pun kalau resepi asal dia guna 150g aku guna 100g je. Kata nak bagi anak makan kan, tak mahu lah manis overdose.



So malam tadi sempat buat, sempat bakar, elok dah siap bakar QQ pun terbangun dari tidornya maka merasalah dia makan yang fresh from the oven kesahnya kan.


Kesian tray akakk ada 1 je besar , 1 lagi bulat kecik tu akakk rembat springfom (bekas buat cheesekek) hahahahaa..Babah QQ pesan takmau kaler coklat tak nak garing sgt so kite buat lite lite je suhu 200 bakar 20minit jadi kaler macam dalam balang tu. ** p/s: tgk orang baru bangun tidur tu makan biskut sampai tembang tembang idung dia :p

Buat muka 'layan' padahal makan biskut jerr hehehee

2 comments:

sukahati said...

rajin kak ezah bake membake ...siap ada sifu tu :D

» NAJA « said...

akak berlakon rajin je tak lalu asyik beli chipsmore tu