Saturday, December 31, 2011

2011 kepada 2012

Syukur pada Allah S.W.T masih lagi bagi peluang pada aku untuk teruskan perjuangan di muka bumi yang penuh dengan berjuta dugaan dan cabaran.

2011 berakhir harini ini. Pelbagai corak cerita juga turut jadi memori di 2011.


Terindah - Memori terindah apabila bersama sama keluarga menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah pada bulan June (penuh dugaan juga sebelum pergi drag dari bulan 12/2010), yang paling gembira tapi penuh cabaran ialah membawa bayi yang tak mahu renggang langsung namun aku berusaha seboleh mungkin memperbanyakkan ibadah dan doa dan hasilnya bila diingatkan segala reward dari doa yang datang dari Allah S.W.T sangat menggembirakan...Satu persatu..Syukur tak terhingga..Birthday Super QQ setahun juga di sambut di sana, makan pudding cake di Bin Dawood dan aqiqah kambing 2 ekor terus di sana. Wahai anak bertuahnya kamu. Moga di teruskan aku tetap dekatkan diri pada Allah. S.W.T...Moga Allah perkenankan lagi doa kami untuk terima kami sebagai tetamu lagi.


Kerjaya - Tiada apa yang memberangsangkan pada tahun ke 3 di sini. Apa yang makin di rasa project memang ternyata makin kurang tapi aku attend project case by case basis saja. Ada juga tanya pendapat oldtimer di sini, katanya, as long as ada gaji on time, apa2 tak jejas kenapa ko nak cari kerja lain? Iye ada betul juga...Aku memang malas nak cari kerja lain aku malas nak again to dive with all the sick people, sick office politic, sick traffic jam, sick towards rindu pada anak if kena hantar dia awal and pick up dia lambat. Ohh so sick, so baik aku duduk sini diam2 tak de keje sila main FB, sila update blog, gaji cukup bulan (cukup bulan aku 5hb okeh) kalau company ni nak terlingkup pun bagi aku VSS dulu kan at least boleh aku rolling  buat bukak taska kecil kecilan (cita cita aku :-) )  Yang penting aku selesa di sini, selesa mau datang awal balik awal, selesa nak cuti tiba2, selesa nak bawak anak pergi klinik, selesa tiada traffic jam, selesa tidak berpakaian terlalu korporat, selesa dan mesra bersama seluruh electrical contractor bawah CIDB satu Malaysia, selesa bekerja bersama2 staff2 kerajaan esp. dari JKR, JAS dan JPS selesa bersama staff sini walau kebanyakannya lelaki maka kami tiada office politic yang teruk dan semua sempoi sempoi belaka.


Kesihatan - Sedikit worst faktor umur yang nak masuk 3 series ni, berat badan yang gila payah nak reduce, rasa cepat penat sedikit, kadang kala yang memaksa aku tidak rasa penat ialah fikiran positif aku yang sentiasa push diri aku rajin rajin rajin tu je. So far aku rasa 1 advantage diri aku ialah aku memang jarang sakit. Aku sudah kira aku tidak langsung demam sejak dari aku mengandung. Paling worst aku rasa aku lenguh2 badan, pening kepala dan tonsil bengkak. Itu je cuma selalu penat + ngantok sahaja. Kadang2 sedih tengok diri aku macam terabai saja, aku tak lah mintak macam masa2 dulu tu selalu pegi spa, pegi facial smua entah la apa jadi entah semakin malas menjaga muka, nak pergi gunting rambut semalam pun terkejar2 hasilnya macam tempurung kelapa di belah dua saja at last Super QQ balik skool jam 7mlm. So sad and rasa bersalah gila... habis bila masa yang sesuai nak pergi. **Ohh encik suami ku kalau anda baca ini sila la belajar super kuat cepat la tiba hari graduasi mu saya mahu bersenang lenang secepat mungkin saya mahu ada me time saya semula or at least on weekend kamu ada bersama saya atau temani anak tatkala saya pergi berdandan diri.


Financial - Alhamdullillah antara doa yang aku rajin titipkan berhari2 iaitu aku mahu bebas hutang..Maka beberapa 'ke miracle an' ada terjadi yang membuatkan aku menghembuskan nafas gembira tak terkata. Syukur sangat ya Allah. Makin hari makin bertambah selesa, apa wishlist aku 90% telah dapat termasuk oven rama rama. Lega bila hutang belajar telah banyak dikurangkan baki tinggal 3ribu sahaja lagi, 4 credit card telah berjaya di tutup dengan baki RM0 dan mulai 2012 aku perlu lebih serius manage kewangan aku dan lebih banyak saving di perlukan. **Ohh tapi saya masih ada wishlist barang yang saya mahu lagi ahahahhahaa


Hubungan - Ada yang aku regret aku terpaksa stop kan komunikasi dengan beberapa pihak atas faktor2 ketenteraman sejagat. Aku regret kerana niat baik aku disalahkan tapi tak mengapa tak menjadi kudis kerana life must go on aku ok je. Aku harap keadaan hubungan satu pihak yang dekat di hati aku akan beransur pulih, sakit ok aku tengok keadaan nya geeting worst gitu aje. Aku juga harap agar rumahtangga menjadi lebih tip top...Aminnn


Tu je la review aku saban tahun kan. Tahun depan Super QQ sudah masuk 2 tahun...Hujung tahun adakah masa terbaik untuk mencambah benih2 kahkahkahhhhh....Pastu tahun depan nya pulak encik suami final year kan..dengan aku memboyot ohhh no no no ..."pls hold the line" lah  nampaknya lagi kan...Cheeehhh Super QQ suka la tu!


Moga kedatangan 2012 lebih banyak senyum ketawa dari menangis duka. Ohh saya kalau menangis sakit rahang muka jadi tak mahu menangis (menangis gembira tak apa), moga Allah S.W.T bagi saya lebih kuat dan gagah serta makin kuat berfikiran positifi jgn tewas. Kuat rajin kuat rajin!!!! Ayuh dan yang pasti saya mahu Allah kurniakan saya rezeki HALAL BERSIH tidak putus putus berduyun duyun..Kerana rezeki itu bukan sahaja dari segi duit dan material yang melimpah ruah tapi termasuk lah kerjaya yang sukses, rumahtangga super bahagia, kesihatan paling hebat, orang2 sekeliling yang membahagiakan dan sebagainya...Aminn Ya Rabb.

5 comments:

Syafiqah said...

Happy New Year Aiza :))

» NAJA « said...

thank you tica :-)

Noorul said...

selamat menyambut tahun baru aja...

marinahunny said...

naja,

boleh je kalu nak kirim buku DBP tu. saya balik kg saya boleh beli kan utk awak, awak just email je tajuk buku yg awak nak..insyaallah saya cari kat kedai tu nanti.. ni email saya ye marinahunny@gmail.com

marinahunny said...

Naja,

Harga buku tu saya x pasti murah dr harga asal atau tak sbb semua buku baru cuma keluaran yg lama dah. Awk blh gugel rasanya buku2 keluaran DBP ni, rasanya ada insyaallah..