Saturday, August 13, 2011

Pagi Sabtu yang sebak

Memasuki perkarangan pejabat dengan langkah separa malas pagi Sabtu ini. Sabtu memang selalunya malas dan santai.

Terus login facebook dan tengok tengok notification tengok private message dan terbaca satu kisah yang selalu di share share thru notes di facebook.. Kisah adik Iqbal Fahreen..Menyentuh - nyentuh naluri hati keperempuanan dan keibuan ku ini..Betul la kata seorang blogger terkenal, kalau dulu masa zaman muda zaman remaja bila tengok mak mak nangis tengok drama melayu kite selalu ejek ala cengengnya mak ni...See! sekarang turn aku. Tengok cerita 'Ketika Cinta Bertasbih' pun yang tah mana part yang sedih padahal takde sedih pun aku boleh menangis. Tu belum aku tengok balik cerita Filipina "Magnifico' yang aku boleh berjurai jurai airmata sepanjang jalan ceritanya biar 10kali tengok pun. Very the mak mak kan feeling dan hati Kak Ezah sekarang kan.

Terus menggoogle cerita arwah Iqbal Fahreen..Yang paling menyentuh hati ialah tentang 'kek lori sampah' permintaan arwah yang akhirnya dapat ditunaikan oleh doktor di IJN. Sungguh pilu. 

Sangat tabah ibunya menghadapi semua ini bukan semua orang terpilih utk kuat seperti ibu nya. Kalau kena pada aku...ya Allah...tak tahu bagaimana keadaan nya. Tengok Qhalyf kena ketip nyamuk pun aku punya pilu lain macam, feel so bad and stupid kerana nyamuk pun aku tak boleh ikhtiar dan halau dari Qhalyf selalu kena ketip. Teruk kan aku ni.

Since my kakak ipar bertugas di IJN aku memang nak suruh dia cerita lanjut lagi pasal arwah. Kadang bila dia datang lepak rumah aku citer pasal patient2 dia ada yang kelakar ada yang sadis ni kan pulak cerita sadis yang aku dah tengok gambar arwah ni. Menginsafkan..


Result google aku jumpe blog ni yang cerita perihal arwah. Al- Fatihah untuk arwah Iqbal Fahreen 'di sana' bergembira lah dikau di taman firdausi bersama teman teman lain nanti tiba masanya adik boleh jumpa semula ibu adik peluk cium lah penuh kerinduan dengan ibu adik ye...Ramadhan ini adik selalu la 'melawat' ibu ye..

3 comments:

Luv like this.... said...

yela..kt berjurai2 air mata. suami siap print lg bc kat umh.

terkenang klu jadi dekat diri sendri

al-fatihah

Noorul said...

Berjurai-jurai air mata baca kisah ni... Kadang2 geram dgn keletah azam, dimarah-marahkan juga... Tapi lepas tu mula la rasa bersalah dan peluk cium dia balik... Tak kuat rasanya nak hadapi ujian mcm tu...

» NAJA « said...

naluri keibuan kita kan.. kadang kite ni tak tau la nak marah anak ke tak perlu marah ke kan...