Wednesday, August 10, 2011

Misi Kerang Goreng Pedas




Tak pasal2 kawan2 suruh letak gambar kerang kan. Kesahnya semalam petang blogwalking asyik jumpa kerang goreng pedas yang tak buang kulit tu sesaje. Actually few years back dah ternampak ada orang makan masa tu nampak blog kak Jemah Pink tu selalu buh kat blog dia tiap kali Ramadhan, pastu smlm nampak berulang kali terus cakap kat Dr. Iszuanie aku teringin nya (hepp jangan speku), dia bagi resepi simple yg macam tu punya, officemate pun bagi resepi rendang kerang jugak tapi malas pulak nak bersantan santan kan plus aku nak kerang yang ada kulit. Balik kerja terus zasss singgah kedai beli kerang RM2.80 sekilo kalau kat NSK baru singgit lebih je kan sekilo..jadi kerja la pulak nak redah ke NSK tu untuk kerang semata mata kan...Masak lauk tak pedas (untuk Qhalyf) laju2 dalam pukul 6 dah siap, berbuka makan macam kena rasuk lauk kerang tu bersama cencaru belah belakang goreng garing the sambals dan masak lemak buncis udang utk Qhalyf.





Harini tak tau plan nak masak apa. Misi Anti- Pasar Ramadhan masih di teruskan dan tiap2 hari keje aku kat ofis, selain kerja2 utama yang rileks sket bulan posa project banyak posa jugak, berFB, berblog, google resepi, baca paper tu je la sementara nak tunggu 4.30 kan

.
Ni budak tecit orang tengah sibuk makan dia sibuk angkat baju bajan dia humban ke bawah...Hadehhhh laaa...Geram rasa nak picit picit jeee...pulak tu mak kamu ni nak celus masuk dalam tu senang la pulak kan...Hahaha

1 comment: