Alhamdullillah setelah 2x tertangguh nak pergi dengan Tiram Travel yang hampagas, akhirnya plan kami terlaksana juga tapi this time dengan Tabung Haji Travel Services yang da bombbb aku boleh kasik 4.5stars out of 5. Syukur ya Allah....perjalanan dan rancangan kami sangat smooth dan tiada apa yang kritikal dan yang hebat juga dan semua flight dan timing2 program semua boleh kata tiptop on the dot begitu juga dengan aktiviti2 ibadah kami.
Perjalanan Rumah - KLIA - Dubai - Jeddah - Mekah
Agenda bermula waktu maghrib 1hb kerana kami sudah perlu mandi sunat ihram dan selesai solat Isyak kami kena solat sunat musafir terus. Kata nak bermusafir kan. Alhamdullillah part transportation nak ke airport yang parent in law aku serah bulat2 kat aku suruh handle semua nya berjalan lancar. Abang Ahmad driver tu datang bersama Hyundai Starex nya. Bestnyaaa....Alep pun tak tentu hala nak tido jakun naik kereta tinggi. Ok nanti kite beli Starex menan punya. :p Sampai KLIA nak tunggu check in apa segala dalam jam 1am dah turun ke departure hall. Debar jantung aku bagai nak rak juga bila nak pass by Imigresen Kaunter..bila guna auto machine tu kan passport aku tak boleh baca so kena pergi manual. Orang lain semua dah lepas. Nasib baik tak ada apa. Kalau MARA sangkutkan aku siap ko MARA aku dah bayar 6 months in a row tau, yang penting lepas ni aku senang hati nak travel mana mana sebab akaun MARA aku dah tukar title Active Repayer..Harap lepas ni aku tetap ada rezeki untuk bayar.
Trip umrah kami agak best sikit sebab kami pergi umrah dulu baru ziarah yang mana orang selalu pergi ziarah dulu, ini bermakna kami perlu terus memakai ihram (ihram lelaki 2 helai kain putih, ihram wanita macam pakaian solat). Perjalanan dari KL ke Dubai lebih kurang 5 jam 30minit, jadi masa transit 3 jam di Dubai, kami perlu bersiap pakaian dan juga solat sunat ihram. Punya la kelam kabut masa tu nak kejar masa dan tambah pulak Dubai Airport tu dia memang macam connecting world punya airport kan. Huru hara sana sini. Bila dah naik atas flight memang best sangat sebab kami request tukar seat depan supaya Alep boleh letak dalam basinet macam 1st flight tadi. Lagi pun kami sedang berihram jadi kena jaga 13 pantang larang ihram. Best dengan Emirates macam2 benda Alep dapat dari makanan, toys, buku cuma adults food tak se best MAS kot. Betul2 tengah perjalanan yang amek masa 1 jam lebih tu pilot dah announce boleh berniat umrah sudah. Jadi kita berniat umrah di Qarnul Manazil dan boleh la berulang kali bertalbiah.
Landing terus di King Abdulaziz International Airport, Jeddah lebih kurang jam 12tgh hari. Tarikh berapa jangan di tanya sampai ke sudah aku nak balik Malaysia balik tercungap2 kira harini hari apa yee....Yang aku tau Arab Saudi lambat 5 jam dari Malaysia. Cuaca memang nampak panas dan sebelum tu kami membayangkan semua urusan jadi lambat, syukur lagi sebab dalam masa kurang dari 45 minit kami dah bersenang lenang atas bas. Punya la sedap seat bas tu dengan ekon kuatnya. Alep masuk2 bas terus lentok aku pun apa lagi kan. Perjalanan Jeddah - Mekah dalam 2 jam kot sejam pertama aku tido tak ingat apa sedar2 dengar suara sepoi2 bahasa macam orang pasang kaset rakaman citer tentang sejarah Mekah, Sejarah Nabi sepanjang perjalanan. Rupanya2 dah nak dekat sampai baru aku tau itu suara Mutawif group kami, Ustaz Syakur - Student Indonesia yang belajar di Mekah. Best betul dengar semua informasi dari Ustaz Syakur yang bahasa dia sangat puitis seolah2 kita boleh terus bayangkan masa zaman Rasullullah dulu. Biasanya bahasa orang Indonesia memang sedap2 di dengar kan. Permulaan ayat bicara dia, pasti dia akan cakap "Tuan Tuan Puan Puan Adik Adik Tetamu Allah yang Di kasihi"....Tu pasal aku mula2 ingat itu kaset rakaman. :p..Selain bertalbiah dia ajar semua doa2 yang macam dalam buku panduan tu. Doa melihat rumah2/ bangunan2 di Mekah, doa masuk ke Kota Mekah dan macam2 lagi.
Umrah Pertama - Umrah Wajib
Sesampai di hotel di, Hotel Al- Firdaous yang terletak di jalan utama yang busy sangat Jalan Ibrahim Al Khalil, check in bilik (bilik nya patot muat 2orang je tapi leh sumbat 4org), terus bergegas berkumpul satu kumpulan. Pembimbing dari TH - Ustaz Muhammad dah pesan kepada sesiapa yang ada experience, boleh proceed dulu tanpa tunggu kumpulan. Jadi FIL n MIL decide untuk kiteorg jalan dulu tak payah tunggu 40 orang yang lain. Maka mula la sesi mendukung bayi secara marathon berganti2. Agak sukar juga kerana aku dan suami perlu menjaga wuduk dimana dalam rukun umrah, hanya masa kita tawaf Kaabah 7 keliling kita perlu suci dari sebarang hadas, yang lain2 tak pe kalau takde wuduk dan QRS pulak memang tak nak orang lain dukung, maka aku la yang mendukung beliau dengan penuh redho. Seperti yang aku katakan..andai kepayahan itu salah satu cara untuk kurangkan dosa aku..aku redho ya Allah... Tak berapa jauh hotel kami ke masjid dalam lebih kurang 7minit je tetapi orang nya semua berlumba berpusu2 ke masjid terutama pada waktu2 sejam dua sebelum solat. Aku memang berniat malas nak bawak stroller walau aku dah call Emirates dan dia kata memang f.o.c kalau bawak stroller tapi tah la kenapa aku tetap malas nak usung..Akhirnya walau berpecah terpisah kami sebab takde handphone bersimkad arab elok lepas je solat magrib selesai lah umrah wajib kami...
Sebenarnya banyak lagi nak cerita in details.Tapi dah dekat 2 minggu posting ni terpending kat draft dan tak best pulak tengok hang lelama kan..Jadi nak cepat habis kan cerita memori ni upload je gambar kan senang...hehehe

1 comment:
salam. saya ada nak tanya few things la esp pasal bawak baby gi tanah suci. boleh email saya kat norshahida.sahlan@gmail.com.
appreciate sgt!
Post a Comment