Monday, May 30, 2011

Tahun Ke - 2

Genap 2 tahun hari ni untuk perkahwinan kami. Banyak jalan yang kami lalui bersama. Ada jalan lurus macam highway Tapah Ipoh - Ipoh Tapah yang tegak lurus tu saja..ada jalan berbukit bukau macam Bukit Putus ke Jempol... ada jalan berlubang2 macam area Sentul.. ada masa very smooth macam lantai parking Ikea..tapi ianya tetap terpulang kepada pemandu kenderaan yang akan handle kenderaan melalui jalan2 tersebut walau ia nya jalan yang berteras lancar tapi masih perlu berhati hati. Itu lah pengalaman. Whats do's and dont's sedikit demi sedikit kami pelajari. Kami masih baru kami masih belajar mencari yang terbaik untuk semua pihak.

Semoga aku terus tahu dan sedar dan lebih realistik dan tabah kepada semua tanggungjawab/amanah/ tugas2 aku sebagai isteri dan mama.

Semoga aku di beri seorang 'pemimpin' yang yakin dan berjaya untuk mengaturcarakan segala aturcara hidup kami.

Semoga zuriat atau zuriat2 kami akan mendapat segala yang terbaik dari Allah s.w.t dan kami sebagai ibu bapa mereka.

"Don't marry the person you think you can live with; marry only the individual you think you can't live without." - James C. Dobson

and Yes! . . .i can't live without HIM . . .my husband . . my soulmate. . .my tempat carik pasal hah..hah.. hah..

Happy Anniversary :-)

6 comments:

Mrs. GordoEdi said...

congrats...happy anniversary beb!

Luv like this.... said...

congrts...

nizam_5282 said...

Sudah tukar layout da...

Sentuhan Kasih said...

happy anniversary ...

Iszuanie Ilias said...

moga sentiasa dipermudahkan ALLAH

Sal Abdul Rahman said...

best best happy anniversary babe!