Wednesday, December 15, 2010

Umrah dan Ziarah December 2010

Seperti ada yang segelintir kawan2 rapat yang tahu aku akan menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekkah. Jangkaan nya akan pergi pada bulan ini kerana mahu pergi di musim sejuk sebab membawa sekali Qhalyf (yang pada mulanya plan untuk ditinggalkan saja yang membuatkan airmata aku sentiasa turun laju2 tiap kali aku tgk muka kesayangan ku itu sampai tidur pun tak lena serba serbi), tapi nampaknya tiada rezeki kami sekeluarga kerana Visa dari Kerajaan Arab Saudi tak dapat di keluarkan dengan alasan di Mekkah masih ramai jemaah haji Malaysia yang belum pulang dan last penerbangan mereka adalah pada 23hb. Mungkin ada juga masalah lain yang kita tak tahu tapi yang pasti dari agensi lain seperi Tabung Haji Travel, Andalusia, Bank Rakyat Travel semua batalkan penerbangan dan refund semula duit jemaah.

Mungkin tiada rezeki untuk pergi di musim sejuk yang Q pasti suke sebab sejuk sentiasa dan mungkin plan bertukar dan di tangguhkan ke bulan 3/2011 nanti. Q sudah 9 bulan masa itu. Lebih bijak dan ligat dari sekarang agaknya. Tak apa lah masanya akan tiba, mungkin Allah beri aku masa untuk lebih bersedia untuk mendalami ibadahku sebelum menjejakkan kaki ke bumi Anbia itu..InsyaAllah..


Gambar Visa Umrah for Saudi Arabia (Muka nangis air liur leleh sebab terkejut flash camera tu)

Gambar untuk paspot antarabangsa (Muka ketat sebab babah pegang suruh duduk diam2 atas kusi tu)

Wajah kesayangan hamba yang cukup bertuah dan ber rezeki besar kecik2 dah berpeluang ke 'sana' insyAllah..Mama dan Babah akan sedaya upaya buatkan umrah untuk Qhalyf ye..

3 comments:

Sal Abdul Rahman said...

insyaallah rezeki kamu di bulan anniversary mak nt! ;)

SueZ said...

comel jer muka dia..cute..suka2....

» NAJA « said...

skrg muka dah versi lain pulak...