Friday, December 17, 2010

Kenduri 10122010

Minggu lepas Jumaat cuti sekarang dah Jumaat semula betapa lajunya masa berlalu..Macam naik kereta F1 pulak masa ni memecutkan sedar tak sedar dah pertengahan bulan 12/2010. Perghhh...Jumaat lepas cuti adalah kerana mahu pulan ke jb. Pulang untuk berkenduri. Setelah setahun setengah kawin baru la ni kami berkesempatan untuk hadir dan tolong dari A-Z kalao pil buat kenduri. Selalunya sama ada kami tak dapat bersama atau kami sampai orang tengah kemas kemas :p...Biasa la sibuk hal duniawi yang lain..Ish ish ish..

Jadi kenduri Jumaat lepas adalah kenduri doa selamat dan tahlil. Buat kecil kecilan untuk komuniti Mutiara Rini sahaja dalam 100 orang macam tu dan awal awal lagi mil dah pesan semua nya buat dan masak sendiri kerana pil tak berapa berkenan nak order2 makan yang kadang kadang nan ado rasa dan kuantiti dan juga kualiti.

Maka upacara memasak hanya lah beregu bersama mil sahaja kerana kakak ipar ku demam panas. Yang lain2 adalah lelaki yang hanya berkeupayaan angkat berat2, susun2, kacau2 atas api atau paling hebat tolong blend bahan saja. Yang lain hanya kami berdua dan menu hari itu adalah masak lemak ketam, kari daging kentang, sambal masak kicap tempe+ daging + udang (org johor sure tau), ayam goreng, sambal udang, ikan masin, ulam ulaman, sambal belacan, buah orange dan grapes, kuih muih dan air sunquick. Banyak tak aku masak? Hahahhaa sampai cramped la tangan aku malam tu. Tapi takpe sangat berpuas hati lauk semua banyak habis, makan sampai buncit segala. Sedapppppppp!! 10 bintang! dan aku memang selalunya mudah untuk bekerjasama dengan MIL berdua di dapur. Kami pasangan sherashi bershame..Hiks..

Seperti biasa komuniti MR semua sporting2 belaka. Walau dif dif kehormat itu semua sibuk sibuk belaka, tapi dapat jugak luangkan masa. Yang selebihnya kawan adik ipar yang meramaikan majlis juga berpusu2 juga cucu sulung Tuan Haji Abu Bakar di kerumuni..(1st time Qhalyf di khalayak :p). Bertuah betul cucu itu kerana tatkala rumah sedang berkumandang bacaan Yassin beramai2 boleh pulak dia bantai kentut level dewasa habis semua orang pandang aku. Eeeee mesti orang ingat mama yang kentut tau Qhalyf ni..tak cukup dengan tu siap sendawa dan sedu pulak..Adehhhhh...Nasib baik dia memang suka dengan orang mengaji ke apa langsung dia tak menangis sebab bila malam je dia mesti perlukan aircond tapi malam tu kami dok kat dapur je..Bagus anak mama..kentut tu takpelah mama relakan je la....Hiks..:p


Untuk kaum lelaki

Untuk Kaum Wanita

Buku Yassin

Gulai ketam+ nenas..Burppp kenyang..
   
Anak yang baik..pinjam Babloo bear mak usu kejap ehh..

2 comments: