Monday, November 22, 2010

Mungkin

This monday tak rasa tak best pun..Best je harini..Memang la best sebab suami hantar...:-)
Suami akan final paper esok lepas tu merdeka..Misi pertama pasca merdeka dia dah mention " nanti i nak bawak you pergi makan nasik beriani gam paling best"..haa kat JM Beriyani la tu kan ke kat mana lagi ade yang best ha? Any idea? Best nye tak sabar nak tunggu dia habis exam..Boleh berjimba jimba.

Semalam juga aku telah berpuas hati kerana lebih 50% kerja kerja rumah yang aku mengidam nak buat, telah dapat aku laksanakan dengan jayanya. Aku tak tahu la kenapa dengan aku ni kan..kalau ada kerja tertangguh yang aku belum buat tidur aku mesti tak lena. Kalau dulu masa belum ada anak..boleh je sesenang hati aku mengatur masa, tapi sekarang enggak bisa lagi.


Tersangat mencabar aku rasa sampai kadang2 aku sendiri depress dengan emosi dan diri aku sendiri. Mencabar kerana aku mempunyai sorang anak yang pantang nampak kelibat aku pasti akan kembangkan tangan dia suruh aku angkat, kalo aku tak layan dia akan jerit sekuat2 tekak dia (itu sangat comel tahu), suami juga sekarang harus di minimize kan gangguan terhadap dia kerana mahu study untuk last paper esok, dan aku rasa badan aku dah makin naik beratnya menjadi aku macam agak slow saje. Ohh stressss! Stress tahu tak..Aku tak boleh tengok kain tersepok sepok, habuk kat rak, kertas2 buku2 tak susun, baju tak sidai elok, sinki penuh pinggan cawan periuk, laundry beg penuh dan sebagainya semua aku jadi stress selagi tak setel. Lagi stress kalau aku tengok toilet dah mula naik daki..Kalau toilet bowl naik daki lagi aku boleh jadi pesakit darah tinggi terus. Aku sampai tahap dah bersuara pada suami dan aku telah pun tanya cleaner di ofis aku mahu tau jadi weekend helper aku..kakak itu telah setuju rm50 dia mahu semua kerja dia akan buat dan balik bila selesai, tapi mampukah kakak itu mencapai piawaian seperti yang aku mahu? Suami hanya kata ..malas you ni...nooo i bukan malas..cuma i rasa tak daya nak buat semua complete macam dulu lagi..setakat basic task i boleh gagah lagi tapi bila bab2 kerja luar biasa i surrender. Eleh mesti ada orang kata ada anak sorang umah besar tu pun nak bising..Ok lah orang tak tahu apa kerja2 yang aku nak selesai kan. Marilah datang buat kerja2 yang aku idamkan nak selesaikan tu tengok pengsan ke mati terus ke..Berani tak?
Macam aku pernah citer dalam entry zaman bujang aku dulu..Aku sanggup bergaduh bertekak macam lahanat dengan housemate aku sebab aku tak tahan peel dia dan mata aku semak dan otak aku sesak dengan kotor2 sepah2 segala tu. Stress beb stress tau...

Ni list kerja2 aku yang basic setiap hari:-
  • Bangun pagi bawak anak depan hall bukak PHDC kat dia
  • Basuh2 botol anak, masak air, buat breakfast, siap bekal aku nak bawak kerja
  • Iron baju kerja suami dan aku tapi kadang aku ngelat jugak tak iron baju suami sebab aku akan cari baju aku yang tak payah gosok
  • Siap siap anak tukar lampin bagi susu
  • Siap siap nak pergi kerja, kalau ada baju di basuh kena sidai dulu
  • Anta anak pergi nursery
  • Pergi kerja off mental pasal rumah layan kerja layan kawan kawan layan adik beradik layan layan bos semua la
  • Balik kerja amek anak kat nursery
  • Sampai umah bawak kuar bahan masak, bersih diri, sembahyang etc
  • Bagi anak makan, buat susu, cek2 lampin dia, main2 sampai dia letih
  • Bagi anak tido ini makan masa berjam2 juga tengok pada mood dia
  • Start masak (time ni tangan kena jadi 8) sambil goreng/rebus ke apa ke sambil tu kemas beg botol anak..Total selalu basuh botol adalah paling sikit 3 + pinggan makan dia kat nursery aku amek tiap2 hari sebab nak sterile. Masak jugak paling kurang 2 menu dan kalo ada bahan aku memang tak suka masak simple2 nanti tekak tak lalu nak telan. Mesti ada 1 menu sayur, 1 menu goreng, 1 menu sambal/ berkuah. Kalo nasib tak baik anak tido tak lena dan sentiasa mahu aku tidurkan dia balik. So waktu masak sudah di drag lebih lama
  • Lepas selesai makan dan berkemas, kemas beg anak pulak
  • Kemas kain baju pulak mana yang tak lipat, tak basuh kena basuh
  • Kemas2 hall sikit
  • Ada masa main komputer kejap (masa ni dah sure kul 10 ke atas punya)
  • TidooOOooo zZZzzzzZZZZZzzz
Ha itu yang asas yang wajibalghunnah kena buat tiap2 hari yang kalo terskip ke apa sure akan kelam kabut. Nak tak nak kena handle juga. Belum masuk yang kerja2 luar biasa. Lagi kalau tahu in law mahu datang lagi kena tambah turbo engine kat badan aku kan. Bukan apa sekali sekala diaorg datang takkan tak nak buat habis baik kan bukan selalu pun.

Mungkin aku kena kurangkan lagi berat badan aku jadi kurus kering bila berjalan laju macam kelajuan cahaya, mungkin aku kena makan lagi multivitamin tambah tenaga, mungkin juga aku kena pasrah kerja rumah aku dah tak boleh complete macam dulu lagi dah..mungkin.....




p/s: citer pasal kerja umah dah panjang berperenggan perenggan daaaa..

4 comments:

Sal Abdul Rahman said...

mak pon semakin malas okeh! malas nak layan fb, malas nak keje (tapi keje tgh melambak gilergh), malas nak balik umah (opsss!!) ;p

» NAJA « said...

opsssSsss bahayeeeeEeeeeee hahahha

Iszuanie Che Ilias said...

ntah mmg tgh mood malas kot... tp kan aku paling jadi malas kalu aku jer asik kena bersih rumah aku tu... deme suka hati jer biar bersepah..... eeeuuuuuuwwwww

sukahati said...

rajinnyer ko masak tetiap hari...hmmm...mmg org dah kawen kene masak ke tetiap malam?? teiba aku memandang masa depan dan bayangkan cemanalah agaknyer aku nnti :p