Wednesday, August 26, 2009

Ada masa gembira dan ada masa akan rasa hiba..

Ianya normal bukan bagi seorang manusia yang ada pasang surut rasa hatinya, mungkin hari ni kite rasa kite orang paling bahagia, paling complete, paling tak ada masalah2 besar nak fikir tapi ada masa kita rasa nak nangis tiba tiba, rasa sedih, rasa sayu dan hiba..Ada masanye kita rasa malas nak fikir benda2 tu semua tapi ada masa kita tak boleh hindar dari perkara tu berlegar2 dalam kepala..



Sedang bersibuk sibuk di pejabat adakala dan selalunya aku menerima panggilan dari mak menanyakan apa yang sedang aku buat..Sejak dari 10 tahun lepas boleh katakan kami akan hubungi satu sama lain setiap hari dan aku akan rasa pelik dan cepat2 call if lebih dari satu hari mak tak call..Semalam masa bersembang kejap tu mak ada cakap yang adik kata tahun ni tak dapat rasa lagi dah air tangan mak masak untuk berbuka.Tapi aku masih tak perasaan semua itu walau aku dapat rasakan sedikit lain pada suara mak dan sebabkan keadaan masa itu tak berapa nak izinkan aku bercakap lama dan sejenak pulang semasa memasak apa yang mak cakap masa tu terngiang ngiang balik dalam kepala aku..aku terus hubungi mak dan cakap sambil selit2 nanti aku balik kita buat Buah Melaka..




dan...subuh ini aku tak dapat tidur..aku rasa amat sedih bila fikir tahun ini tak ada lagi Buah Melaka dan tak ada lagi Kuih Makmur menjelang raya untuk kami adik beradik hasil dari air tangan mak. Tentu mak lagi sedih Ramadhan ini sebab segala persiapan kebanyakannya Abah yang buatkan dan mak hanya mampu tolong sedikit sebanyak dan tanpa aku juga yang selalu pulang ke rumah berbuka puasa. Teringat di waktu dulu mak bangun sangat awal nak siapkan sahur untuk kami semua ulang alik dari dapur ke depan nak kejut semua orang sahur, mak masak nasi panas, air panas lauk panas semua untuk kami. Ada aku simpati dan ambik peduli masa tu? Ada aku bangun lagi awal dari mak? Ada aku fikir mak cukup tidur ke tak sebab lepas kemas2 semua mak bersiap pergi kerja pulak??Aku juga tak dapat bayangkan macam mana rasa mak bila tahun ni aku tak dapat beraya dan bersibuk2 dengan persiapan raya di rumah seperti tahun sebelum2 ni sedangkan ini tahun pertama mak berpuasa dan akan raya dengan keadaan yang tak sepenuhnya sihat macam tahun2 sebelum ni dan aku cuba elak untuk cakap dengan mak pasal ini kerana aku rasa ini mungkin juga buat mak rasa sangat sedih dan tertekan....




Imbas kembali kekentalan mak menguruskan majlis kahwin aku yang lepas dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Betapa syahdunya rasa betapa pengorbanan mak tak dapat di tukar ganti, bayangkan dengan bertongkat mak gagahkan jugak masuk ke kedai membeli itu dan ini bersama2 untuk persiapan itu. Berulangkali jugak bila kekalutan datang mak sebut kalau lah mak sihat....kalau lah mak sihat...Ya Allah ya Tuhan...dan aku turut terimbas air muka mak masa aku salam mak sebelum aku berangkat ke masjid sebelum di nikahkan..Sedih mak tak dapat tengok semua saat saat tu..Sedih!!!





Mak sakit mak tak penah nak tunjuk mak sakit, aku teringat masa malam mak sakit dia berkali cuba bagitau aku jangan balik malam ni mak tak apa2...sedangkan sebenarnya masa tu mak dah tak larat separuh badan dan hancur luluhnya hati aku bila aku pulang keesokan hari nya mak dah tak macam selalu..mak kuat dulu semua mak boleh buat lagi2 masa abah bertugas jauh. Mak tak pernah merungut selama bertugas 37 tahun dan menjaga kami 6 orang adik beradik sampai semua nya dah besar itu belum kire lagi dengan melayan perangai seorang demi seorang..dan aku juga pasti banyak karenah yang buat mak susah hati....Sampai sekarang mak tetap layan kami semua macam dulu juga cucu cucunya walau mak dah tak mampu seperti dulu.





Bagi aku sangat normal sebagai anak perempuan yang rapat dengan mak mereka dan aku sangat janggal jika ada yang di sebaliknya. Hubungan naluri keperempuan yang mungkin bila umur semakin meningkat ikatannya semakin mendalam. Menjadikan kita anak perempuan dan emak menjadi saling menghargai, kasih sayang bertambah erat. Bagi perempuan yang masih belum mempunyai keluarga sendiri, nikmatilah kasih sayang dan keprihatinan tak berbelah bagi dengan emak2 kamu semua sementara kamu kamu semua masih belum ada sebarang komitmen yang perlu di bahagi samarata..




Ingat...buah pemikiran, perasaan, naluri hati seorang mak takkan sama dengan hasil dari otak kita. Otak mereka berfikir lebih jauh dari kita dan selari dengan itu perasaan mereka lebih jauh mengatasi perasaan kita yang mana itu membuatkan kadang2 kita tak sedar tentang sensitiviti mereka. Ibu bapa juga juga akan menjadi lebih sensitif bila umur makin meningkat di tambah lagi kalau keadaan tak kesihatan mereka tak mengizinkan tapi jangan kau harap semua ini di terus terangkan... semua ini terpulang kepada sensitiviti kita sendiri yang semakin lama akan menempuh alam seperti mereka. Perlu belajar dan perbaiki sementara mereka masih ada dan pada umur2 sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita tunjuk bahawa kita amat amat menghargai mereka sebelum terlambat.



Dalam subuh Ramadhan ini juga..aku memohon Allah ampunkan dosa dosa aku pada mak.Selama 27 tahun hidup atas muka bumi ini aku tak terlepas dari dosa dengan mak..Semoga mak cepat sembuh atau sekurang2nya dapat menjalankan kembali aktiviti hariannya seperti biasa dan bahagia selalu..Amin....



Entry ini akan jadi kenangan sampai bila bila dan amat meyentap2 jiwa kesedihanku :((

9 comments:

sukahati said...

erm..touching beb...huhu
semoga mak ko akan beransur sihat....dan mak kita2 semua juga

» NAJA « said...

thanks sookahati..
ye ye..semoga orang RPA semua sihat okeh!

Anonymous said...

mak ko sakit ape ye..dari aritu lagi aku nak tanya tp takut sensitip..

kalo ada masa, ko balik la ipoh jenguk2 mak ko ye..sayu aku baca entry ni

» NAJA « said...

Mieza - half body stroke since end of last year..tp now dah ok dah boleh berjalan dan buat kerja2 asas rumah cuma tangan kanan masih belum gerak..u know lah kalau tangan kanan tak leh gerak banyak benda terbatas kan..

Anonymous said...

i bace entry ni sambil menangis okey...
bravo..bravo..
sungguh menyentuh hati
p/s: i nk resign dr mbb

Sal Abdul Rahman said...

sabar..ni dugaan paling besar utk ko & family..sama2 doa mak ko cepat sembuh..!

Unknown said...

pujuk la ur hubbay naja
ajak balik perak dulu
dia mesti paham kot.. hmm... mana tau entah2 ur in laws pun tak kesah kalau raya sana dulu
derang agak2 mesti paham keadaan mak u..
hmmm..payah kan..kalau ada dlm situasi mcm ni

ZiAty9999 said...

sedih lk bca ksh ko ni jaja..sabo k..tu sume dugaan...smga mak ko cpt sembuh k...

» NAJA « said...

Momo - Yang u p nangis ni kenapanyer...u ni nangis sebab lain ni..bersabar ok! skrg dah puas hati kan??? update me pls!

Thanks to everybody..it doesnt mean aku nak korang sedih2 bagai..but inilah yang aku rasa..but takde benda lain takde orang lain yang boleh jernihkan suasana ni kecuali diri aku sendiri..Berusahalah Aiza!!