Sunday, June 7, 2009

Aper kah perancangan awal yg penting utk sebuah majlis pertunangan dan diikuti dgn perkahwinan selang beberapa bulan selepas itu?

Tajuk tak panjang tak sah! Drama mesti lebeh!
Ok tajuk tu actually taken from my BFF blog.
Boleh je drop comment kat comment box tu tapi rasa lagi ok kot share kat sini ramai2 leh tau
Aku tau ramai yang dah datang aura ni..Dah dekat dah ni...like my BFF jugak la kan!
Even berulang kali dia stated kat situ bukan sebab dia entry tu di buat..but y not kita doa2 je dia ambik apa aku jot down ni as dia punye references soon kan..
Ramai lagi ni aku tau..Dok cocok cocok angin aku nih..Ahaha..
Ramai yang verangans for the 2010 babies kan! Kan? Kan? Aha!
Sambil type entry ni turn to TV2 Live Bintang RTM berLady Gaga bagai..Langsung tak sedap..Biarlah orang cakap AF tu dah hilang AURA tapi not even one reality show in Malaysia can beat them tau!! My justification is based from the dancing yang macam berat bontot dan step ala ala malas berat nak gerak, MC of the night yang perasan bagus tak best langsung pilu'ss sepanjang masa, stage yang nan hado yang macam stage Juara Lagu zaman jinjang akak aku kumpul2 gambar artis dan hantar kad raya kat artis dan macam2 benda la..Sakit betul hati aku ni dan stop lah mengarut lebih panjang jenuh bakal2 pengantin/ pentunang ni nak tunggu topik sebenarnya..Aha!)
Ok back to the point lah..
Cerita bab kawin/tunang kan..Oh ya aku ni masih dalam mood kawin lagi ni kan. Tak habis kawin lagi aku ni..Inai pun merah lagi kan..So mungkin masih fresh sikit la kalau aku nak share ape yang aku buat untuk menjayakan wedding kami (berjaya ke?)..Boleh laaa..
Cuma beza nya ialah bab bertunang tu selang beberapa bulan tu aku tak boleh nak bagi imagination idea yang macam mana sebab gap aku bertunang adalah lebih kurang 1 Tahun 2 Bulan but doesn't matter kalo ade perancangan yang sehabis baik Insyallah semua akan berjalan lancar. Jangan risau ok. Risau tu memang wajib ade dalam nak handle hal2 ni but depends pada orang yang handlenya dan bentuk2 cabarannya..
Bertunang
She need to figure out how much the budget kan..So lets start dengan merisik/pertunangan dulu..Cost kawin ada masa nanti aku figure outkan..
Kos untuk bertunang ni terpulang kepada:
1) sejauh mana lokasi pasangan anda dengan jarak lokasi yang korang nak buat majlis bertunang tu
2) sebesar mana majlis pertunangan impian anda.
Ni aku main belasah jer la kan bajetnye dan bajet ni di kira dari poket lelaki dan perempuan combined dan ini mengikut perkiraan jarak yang jauh ye..
1) Accomodation
Depends pada berapa ramainye rombong rombong pihak lelaki. Selalu nyer tak la berduyun2 yang datang..maybe dalam paling kurang pun 3 kereta so assume ada la dalam 20 orang.
So kalo 20 orang:-
Kalo ko amek hotel boleh la dalam 3 unit
Terpulang pada rating hotel tu jugak
Rumah tumpangan macam area Pudu $25 semalam dapat dah tak termasuk service lain :p
Hotel takde bintang macam Hotel Bunga Raya, Hotel Matahari $70-$100
Hotel ade bintang sikit maybe dalam $250-$300
Hotel berbintang bintang $500 onwards lah
Condo/ Apart. Suite - $400 onwards (Kalo jenis ni 2 unit sudah memadai utk 20pax)
Kalo ko amek homestay pulak (20 orang) :-
Double storey homestay muat lah kot untuk 20 orang tapi a bit lemas - $200-$350/ unit
Single storey homestay guest boleh jadi cam nasik impit terkepit - $150-$250/ unit
** Kekurengan homestay ni jarang nak dapat banyak2 unit sederet atau dekat2..normally satu unit je..
Kalo tido umah sedara:-
Ini selamat tapi cam tak best susahkan orang pulak kalo sorang dua takpe ni ramai2..
** Gentle Reminder..**
Sekiranya occasion jatuh dalam peak season sila booking awal..at least u've got a choice..6months in adv. pun boleh!
2) Duit minyak/ Tol
Kalau boleh hulurkan lah sikit sebanyak kat sesapa yang join rombong tu. Jangan buat muka toya je tak paham bahasa. Ada jugak jenis tak paham bahasa, ingat orang yang ikut tu bayar minyak/tol guna air lior je..Even di tolak2 tapi cubaan menghulur tu mesti ada..Berbudi berbahasa kan amalan kita. kalau dapat sedara mara yang agak senang dan tak berkire selamat, tapi kalo di sebaliknya macam mana? Merasa orang ngumpat ko sampai 7 keturunan..Ingatlah!! Dek kerana penangan DUIT sedarah sedaging sanggup berpatah arang. Tak mampu cover semua separuh pun boleh buat pemanis rasa berbasi basa orang kata kan..(Gilbabs macam mak Jah sembilu pulak ayat aku kan!)
3) Barang Hantaran
Ini ada pelbagai option. Bagi adat di Perak hantarannye memang banyak2 ada yang sampai 30++ dan masa bertunang it is more to manis manisan dan makanan makanan dan ada la sikit2 barang2 diri sendiri contohnya kain baju nikah dan etc. Ada sesetangah orang yang akan all out untuk hantaran pada masa bertunang ni kerana dia tak akan ada hantaran lagi pada hari kawin dan bagi aku ini adalah sangat tidak best. Lain lah kalau nak kawin selang sebulan ke agak rasional la..Terpulang. Bagi adat Johor pula ada yang sangat pelik when it comes to hantaran berkoyan2 ni..Konsep mereka 3 berbalas 5 pun sudah cukup. Itu kata mereka lah. Juga terpulang. So barang2 hantaran tunang ni tak lah semahal bajet untuk hantaran kawin dan perlu di ingat hantaran wajib ado ialah Sirih Junjung dan Tepak Sireh.
Konsep hantaran pun di amik kira untuk kosnya contohnya kalau guna fresh flower dah tentu mahal dan nasihat aku juga tak payah beria2 nak rak buat hantaran tunang lagi simple lagi bagus sebab kalau amek yang bagai nak rak bersedia untuk acara lempar bekas hantaran (macam aku semalam). Wasting!
Dan bahan2 hantaran tu kalau bukan makanan bulih la beli masa Sales..
** Assume dalam 7 dulang design paling simple
Kalau buat sendiri - Aku tak tau nak bajet tak penah buat sendiri maybe dalam $100 - $200
Kalau tempah orang - Juga tak sure maybe & $150 - $300
Tempah kedai - Tengok pada lokasi kedai, KL - $600 - $ 700...Ipoh - $300 - $500
4) Baju/ Make Up/ Pelamin Tunang/ Bilik
Ini yang simple2 jer..Kalau nak tempah baju kat Rizalman ke, Tom Abg Saufi, Man Kajang ke ko kire lain ye!
Actually banyak bridal2 shop yang buat pakej tunang ni. Kalo area Ipoh maybe it cost you about $250 - $500 for make up dan baju. Baju tunang pun simple je kan kalau tempah pun takde masalah. Make up sahaja dalam $200-$300.
Nowadays ramai yang dah berpelamin, backdrop tunang ni..Pun tak la mahal maybe cost you bout $300 - $600 kot..Buat sendiri pun ada.
Like mine takde pun benda pelamin bagai ni..sarung cincin dalam bilik so bilik kena siap sikit la beli la cadar yang lawa2 tambah2 sikit bout $300 dah lawa dah..Simple!
5) Photographer
For me ini juga kiritirea yang agak penting dalam sesuatu occasion. Tak kire dia adalah di upah professional atau separa professional ia perlu ada. Kerana hasilnya akan menjadi satu kenangan sampai bila bila buat anda. Jangan lah anda hanya mengharapkan sesapa yang tidak berapa professional kerana hasilnya pasti mengecewakan dan anda tiada kenangan.
Photog juga kalau ada rajin mencari mereka akan datang berbagai2 pakej. Bagi pakej pertunangan tidak lah semahal pakej kahwin..dan ianya terpulang kepada rolls gambar anda dan finishing nye sama ada story book atau gambar editing biasa.
Like mine masa tunang cost me about $250 for 120 keping gambar + album + CD.
Saya berpuas hati dan masih menggunakan khidmat beliau untuk majlis kawin yang lepas.
Photog ni aku nilai dari segi angle capturing mereka, kreativiti editing dan finishingnye. tak sure korang macam mana dan pastikan photog anda tidak kerek berkira masa tenaga dan banyak songeh!
Cos sometimes i heard ada yang betul ikut jam takde tolak ansur muka ketat kalau nak arrange gambar ramai2 n etc..Sangat tidak gembira kalau macam tu kan!
Selamat memilih!
Korang bajet la dalam $250 - $400 untuk photog tunang ye.
Kenduri/ Makan makan
Ini juga terpulang. Pada yang nak buat besar2 sikit mereka akan menggunakan khidmat catering dan catering skrg kalo value nya di Ipoh cost about $8.50 to $12 per pax. Kalau di JB pulak might cost you dalam $10 to $20 kalau tak salah. Ianya juga terpulang kepada menu. Ada antaranya yang supply sekali khemah dan ada yang separate.
Bertunang mungkin tak ramai sangat..Bajet lah untuk 300 - 400 pax dan darab lah dengan pakej pilihan anda!
Untuk jimat jugak ada yang masak bergotong royong. Amount nya mungkin kurang separuh saja dari ko upah caterer tapi kena pastikan gotong royong tetap gotong royong jangan nanti tinggal royong sahaja merasa la ko nak mengemas rumah berkecah bagai nak rak!! Pinggan mangkuk kelengkapan lain juga kena sediakan ye.
Kalau majlis kecil kecilan bulih saja orang dalam rumah tu masak2 sendiri lauk pauk tengahari..Setakat masak untuk tak kurang 100 orang boleh handle lagi kot kan..
So bajetnya sedia la dalam $5000 untuk catering $3000 untuk masak sendiri dan $1000 untuk masak kurang dari 100pax
Emas
Harga emas kan tak menentu. Agak2 dah turun tu cepat2 lah berkunjung ke kedai emas. Kalau price dia dalam $100 tu kira dah cukup murah la bagi waktu ni tapi tak mungkin emas akan jadi $100 dah..
So untuk tunang dan risik kebanyakan nya perempuan akan dapat 2 cincin satu risik satu tunang. Terpulang lah pada kemampuan si lelaki..
Murah2 pun ok janji bukanlah emas Zhulian sedih ye kalau dapat! Bagi la emas tulin!
Ade orang bajet ribu ribu, ada yang bajet ratus2 je..Janji design cantik dan tahan lasak.
Paling busuk pun ko bajet la $1k
Gift
Ada juga orang yang buat gift untuk tetamu masa bertunang
Aku takde pun. Tak perlu rasanya bagi aku.
Tapi kalau nak buat bulih jer dan gift nya tak lah sehebat vass de vogue macam orang kawin
Cukup sekadar seketul cupcake atau apa2 yang bulih buat kenangan
Kalau kata cupcakes paling koman ko leh dapat mungkin $2 dengan bekas beriben
Bajet la untuk ini dalam $500 cukup dah kot tp kalo nak bagi gift dari SSF sediakan lah amount yang double dari itu :p
************
Ok..
Ini saja yang aku dapat fikir buat masa beberapa jam ini. Korang tambah2 lah jadikan jumlah yang besar untuk panduan korang menyediakan bajet tunang ni. Ingat, ini adalah majlis yang simple sahaja dan ianya terhasil dari pengalaman aku sendiri dan sekiranya ada point2 yang aku tertinggal sila tambah ye.

5 comments:

Sal Abdul Rahman said...

Puan, well noted! Tqvm! Ngeh ngeh..

Anonymous said...

nok....motif entry pjg2??
mak dh tak lalu membace nye...nanti2 lah...
p/s: i dpt koje gomen kt FAMA. mak jadik petani moden lah wey...i dpt peg ekonomi...percaye keh. ngeh ngeh ngeh

» NAJA « said...

Momo ku sayang bertih jagung ...
Ini ditujukan kan khas uk kawan i yang tersondol2 tapak kaki i ni..
Nvm if u dont understand bcause 1 day u will refer back to this entry. Aha.

» NAJA « said...

Mo!!! Kenapa u dapat tapi i tak dapat!! Kabel ape u pakai..kabel urat dawai tulang besi ke??

FAMA somewhere in Selayang isnt it my dear?

Harus belanja me double! i dont care!

Btw...Where is my hadiah!!!???

Anonymous said...

hello3...i dh bagi lah present kt u...
just tade kad tulih name i okey...sbb wkt beli wrapping...i lupe nk beli kad nye skalik..sorri nah

i tade kabel mane2 pown nok...alih2 i dpt FAMA. well...i canteq kot. wakakaka

memang HO dia kt selayang tp...i tatau kt mane i keje lagik. dia letak merate weols ni nnnt. sedey hidop merempat nok