Wednesday, May 27, 2009

Keberangkatan Pulang..



Bismillahhirrahmanirrahim....

Ya Allah,
Bukakanlah bagi kami pintu pintu kebaikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan dan pintu pintu syurga

- Doa mendapat segala kebaikan -



Pada jam ini saya masih berbaki lebih kurang 3 jam untuk tiba waktu pulang ke rumah mak.
Hati saya makin berdebar dan rasa tak senang duduk kerana hari semakin hampir.
Ape agaknye rasa bakal2 pengantin yang lain ye?
Dari pembacaan kawan2 blog yang bakal mendirikan rumahtangga bertarikh sama dengan saya sudah awal2 membuat final posting mereka membuatkan saya rasa macam tak keruan.
Kini tiba final posting saya pula.
Dari semalam bila dah di senaraipendekkan apa juga kerja yang masih belum selesai, masih rasa ada yang tak kena pada senarai itu.
Takut jugak kalau ade yang tertinggal dan terlupa.
Hari ini suasana di kantor pelik dan tak tau nak cakap macam mana.
Ucapan dan semangat yang bertalu2.
Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi hadiah perkahwinan berupa wang tunai yang besar jumlahnya itu belum termasuk dari pemberian individu.
Sangat gembira dan bahagia.
Terima kasih tak terhingga. Itu yang saya perlukan sebenarnyer :p
Banyak yang perlu di siapkan menjelang hari hari terakhir
Adakah semuanya boleh berjalan lancar dan sempurna?
Sejak berbulan yang lepas tak lekang dari mulut saya berdoa sebelum memulakan hari..
"Ya Allah Ya Tuhanku..Berikanlah keberkatan dan permudahkan lah semua urusan untuk majlis perkahwinan ku.."
Kerisauan yang menjadi jadi dan imaginasi yang bukan bukan
Oleh kerana ketepuan otak melanda..
Pengakhiran bait2 kata nukilan dari saya
Semoga sesiapa sahaja yang saya kenali
Doakan kehidupan baru saya yang bakal bermula tidak lama lagi
Berikan saya kekuatan untuk harungi cabaran saat2 terakhir ini
Kepada tetamu2 yang akan datang ke rumah saya..
Harap maaf atas kekurangan dari pihak saya sekiranya ada
Harap maaf juga atas peta yang saya cilok dari jiran saya
Sememangnya saya pasti ramai akan sesat birat.:p
Sesungguhnya majlis yang sederhana memang impian saya kerana kerberkatanNya adalah yang paling penting sekali.

Kepada Tunang saya, saya pasti anda akan baca blog saya;

Selamat Hari Lahir yang ke 27 pada hari ini.
Jadilah bakal suami yang berupaya membimbing bakal isterimu ini dan juga bakal zuriat zuriat mu (dengan izinNya) ke jalan yang di redhaiNya.
Siramilah bakal rumahtangga mu ini dengan kasih sayang yang tidak terhingga sepenuh jiwa mu.
Tingkatkan kesabaran dalam apa jua bentuk cabaran mendatang
Sesungguhnya hidup berumahtangga itu sangat tidak mudah
Saya pasti anda akan boleh mengharunginya dengan adanya saya :p
Kerana..
Anda adalah lelaki hebat di mata saya!
P/s : Gambar sedut dari flickr. Sangat tenang gambar itu. Terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

nok...i pown tetibe terase hangat nye u nk kawen nok..
u jempot tak faizal dgn edi wey? abg am?

Anonymous said...

aku nervous cuaca kat sini haa..ish, sat ok sat ujan..

sukahati said...

tak snagka...ko neh suwit jugak aja
hehe

beb.....congrats!!
semoga perkahwinan dirahmati-Nya
aku takdapat pegi umah ko beb....sori

» NAJA « said...

sori to all of you, aku tak bukak internet dah sampai la lepas aku nikah..thanks for the wishes!