Friday, March 29, 2013

Luahan Perasaan

Say tak tahu lah wall FB anda bagaimana
Tapi sebagai seorang peminat kek dan benda2 manis ni
Maka senarai bakers mmg ramai di FB saya


Luahan ini tak tujukan pada sesiapa pun, ini kira luahan saya utk harini ini saja dan di sini sahaja.


Macam ni , saya memang suka tengok gambar gambar kek awak awak semua, suka sangat sangat. Kalau tak dah lama saya hide awak awak semua. Kadang sampai inspire saya utk order or tak pun cari resepi buat sendiri, tapi utk meniaga jauh sekali lah kan sebab saya tak amek kelas, tak de pelajaran formal buat kek so tak berani lah amek order order macam awak semua ni. Salute.


Yang menjadi permasalahan skrg ni, saya rasa semak. Semak kerana mostly yang dok update FB status selang seli bersama gambar gambar kek itu dan buat wall FB tu mcm diari peribadi diaorg. Macam FB ialah organizer peribadi. Peribadi termasuk benda2 yang orang tak hingin nak tau pun ada. Start dari awak bangun pukul berapa, berapa jam di bilik air, buat apa seterusnya bla bla bla bla bla sampai la aktiviti or to do list utk tengah malam kang punya tak berenti dok update hadoiiiiiiii letih la awak awak semua.!! Serius letih. Saya tak suka nak hide sbb nak tengok gambar kek kek awak semua, tapi tolong jangan cemari kesukaan saya dan memotong mood tgk kek saya.


Itu belum lagi dengan pompang pompang citer bergado sendiri sesama bakers ke or customer dah order tapi tak turn up or tak bayar. Ye saya tahu masalah ni semua berat sbb melibatkan tenaga dan wang ringgit, sedih frust bengang rasa nak mencarut semua ada, tapi pls. handle it secara profesional lah. Saya faham walau saya tak jual kek sebab kerja saya melibatkan penjualan produk yang cecah juta juta pun ada, bila mana kadang customer hutang tak bayar ke, projek cancel ke, gagal award tender ke, saya tahu boss saya 1 family semua ada FB siap ada family youtube accounts lagi, tapi tak pulak boss saya pompang pompang citer kat facebook! :p


Tapi tu la yang mostly saya bengang bab meng update FB macam diari. Ye diakui awak awak bakers semua pandai curi masa buat banyak kerja dalam 1 masa tapi pleaseeeeee aku letih membaca nya. Kalau dah tau busy tak cukup tangan ke apa why berbisnes? Ok fine kalau berbisnes sebab nak tambah pendapatan keluarga jangan la merungut or menunjukkan banyak nya benda kamu kamu semua ni nak buat. Kalau di blog, or di forum forum tak kisah, ni FB sbb dia akan effect orang lain punya wall. Please la fikir orang lain sama. 


Cubalah memberi orang lain inspirasi dan aura aura positif. Cubalah sesama kita perbaiki. InsyaAllah.


Memetik petikan kata kata dari seorang kawan universiti ku yang agak pelik orangnya

"Facebook adalah tempat di mana orang mengumumkan masalah mereka kepada dunia tetapi tidak kepada orang yang mempunyai masalah dengan mereka':)p "

dan 

orang orang yang meluahkan perasaan nya di laman sosial adalah orang yang tidak mempunyai orang sekeliling yang berkualiti utk berbual atau mengadu nasib.


Wallahualam.

2 comments:

DedDy AdaM said...

ambo setuju n sokom..sebab bagi ambo fb tue bukan utk kita luahkan masalah kita..fb utk kita merapu apa saja benda yg kita suka..jatuh dalam kategori x berapa cerdik sgt bila semua masalah n hal2 rutin hidup dihupdate..

» NAJA « said...

semak gila u tau tak...citer sidai kain la apa la...adoiiii pingsan 44 kali ler hari2 di jamu adegan gini. so sick!