Tuesday, June 30, 2009

Wedding @ Gombak


Ni wedding last weekend
Area Gombak jer, tak pegi saje je lah kan
Bukan kawan guwe..
Cheww bulih pulak berjejak kasih kat situ kan..
Biasa lah dah tua tua ni

Pelamin yang suci kaler dia..Suci kan..



Lawa combination color pengantin ni



Baru lepas rasmi One Malaysia



Gile loser kan aku amek gambar Merdeka Square
Dekat 10 tahun dok sini, ni kot gambar pertama dataran aku amek :p
Ni tunggu family in law sampai ni sebenarnyer..nak guide ke rumah i ols kekdahnyer.
Jangan tak tahu both family (aku & mr. BBA) masing2 sudah spotcheck kediaman kami
Alhamdullilah, semua orang suke rumah kami walaupun kesian smua orang tido takde bantal peluk..
Jenuh i ols menyental lantai rumah i ols taw pagi tu :p
Kawan kawan bile mau datang rumah saya??

Selamat Ulang Bulan Pertama


Selamat ulangbulan pertama menjadi suami isteri

Wah! dah sebulan ye..sekejapnye masa berlalu..teringat masa nak nikah tu punya neves..fuhhh

Tunggu pukul 9.45malam nanti baru betul2 genap sebulan

Semoga semuanya baik baik saja

Selamat!

Saturday, June 27, 2009

Lets main masak masak

Setelah di blow blow oleh manusia manusia sentel kan.. Dok kutuk aku kat YM bagai "aparaaa main beli masak ar kalo bran.." cheww u ols nak blow i olss gitu Nahhh hasil nya..terlebih ketuk bontot botol sos tiram dalam kuali!!



Tanya mr.BBA mabeles ke tak? Tanya lah..Cheww yakin okeh! Walaupun takde gajus aku pepandai letak cili kering? Motifnya tatau nape ekk..

Pastu lagi tambah rajin lagi dengan bubur kacang hijau puleksss..








Lepas tu layan tidur sampai subuh..Perghhhh....

Friday, June 26, 2009

One click for D.O.N.A.T.I.O.N

http://www.lovetosave.com.my/about.php

slik klik. Hanya dengan satu klik, anda sudah menderma.
Sangat tertarik dengan ads ini.
Coobalah!

Thursday, June 25, 2009

Aikkk kenapa?

Yeah!

Blog aku dah macam blog chef kann kan..

Tapi sila percaya bahawa aku memang tak pandai masak

Ala setakat basic sambal gulai kari (guley rempah orang Perak kata), gulai lemak, kurma tu celah gigi je lah..sape tak reti masak tu toksah jadi pompuan ar..

Ni yang nak masak gedebas gedebuk punya menu ni serious tak tahu

Bukan tak belajar dan bukan families aku tak pandai masak

Cuma aku mmg tak minat nak dok turun dapur

Dulu2 masa sekolah mak aku selalu je jerit2 ari minggu suh aku tolong mak pak aku masak

Tapi haruslah create beribu alasan aku kata keje sekolah banyak

Padahal aku main gunting2 kertas buat kad je masa tu:p

Compare dengan kakak aku dia pandai masak tapi dia malas nak masak

Aku rajin masak (sekarang ni) tapi tak pandai masak

Cam ne tu?
Palingggg tak suke turun dapur masak, cam part kupas kulit bawang tu aku rasa sangat ngantok nak tunggu bawang tu bersih dari kulit.

Lagi satu peel aku bab memasak ialah aku tak suke rasa masakan aku..dan juga merasa masakan orang lain..aku main hentam je taruh garam or gula..hasilnya?


Nasib la ada ok ok, kena tak ok sama ada kena darah tinggi atau kencing manis je :p
Bila la nak pegi kelas memasak ni kan..tak sabarnye...

AYAM GAJUS(Chinese Style)



AYAM GAJUS(Chinese Style)


Bahan-bahan
500 g daging ayam dipotong dadu
125 g gajus
4 ulas cendawan kering
1/2 biji cili capsicum hijau }dihiris dadu
1/2 biji cili capsicum merah }dihiris dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung jagung
2 tangkai daun bawang } di hiris
minyak kacang untuk menumis
Sos
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
Semua bahan sos dicampurkan dalam satu mangkuk
Cara-cara membuat
Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.
Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus dari kuali.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja.
Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua capsicum dan cendawan
Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan daun bawang. Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

Pehhh sedapnye aku rasa ayam ni..rasa tengok kat skrin je::0

Korang ni

Aku ni dah tengah macam nak pecah kepala pikir nak masak ayam ni
Tengah melilau lilau cari kedai jual ayam ni
Bising tau kome ni
Aku laga kepala baru tau

Yey! Dah dapat!



Dapat resepi je..:p
Ala susah la nak masak dia..(malas sebenarnye aku ni)
Kedai mana ade jual menu ni ye..



KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21




Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.

Mana nak cari?

Ayam goreng gajus? Ade ke ayam goreng gajus?
Ala ayam yang goreng pastu letak sos tiram pastu macam ade buah gajus tu?
Ape nama masakan tu ye?
Mana aku nak cari? Rasa cam sedap pulak kan..

Wednesday, June 24, 2009

Kalau lah..

1. Kalau lah aku jalan jalan tiba tiba terjumpa satu beg berisi duit 100juta tapi tak pernah jumpe pun duit sekupang penah la banyak kali jumpe :p



2. Kalau lah selera makan aku boleh di kawal hanya dengan makan sekeping roti je
sehari dah tentu aku body figure aku macam Halle Berry dan duit aku tak luak asyik beli makanan je..:o



3. Kalau lah aku boleh jadi boss keje aku hanya tau sign cheque saje dah tentu aku tak payah pening kepala kena push dengan contractor dengan macam macam hal



4. Kalau lah aku boleh beli semua designer handbag/ kasut dengan kedai2 nye sekali mesti aku rajin je sedekahkan paperbag tu semua kat orang yang salu jer cikcur paperbag akuh :p



5. Kalau lah aku terer memasak macam Chef Wang atau Jimmy Oliver dah tentu aksesori dapur gerek2 belaka mana main senduk kedai RM2 :p


6. Kalau lah aku dapat buat puasa sunat setiap Isnin & Khamis tentu Allah suka tapi asyik tak sedar je jam bunyi :p puasa ganti pun belum setel huhu



7. Kalau lah dalam dunia ni manusia takde undang2 jiwa, lama dah aku zass peel peel manusia yang aku rasa annoying sangat sambil ketuk kepala dia dengan hammer suruh dia sedar diri yang dia je cam bagus padahal poyo!



8. Kalau lah aku lagi bijak dan rajin mesti aku dah ade PHD sekarang ni tapi aku malas



9. Kalau aku rajin dan bersemangat mesti aku dah pegi berenang tiap2 malam tapi masalah nya aku malas



10. Kalau la aku rajin cari duit sampingan mesti aku dah boleh tutup semua credit card bangang tu semua dan bayar habis loan belajar aku. Nasib MARA takde interest. Tapi aku ni malas, nak buat surat rayuan pengurangan pun tak bergerak2 lagi.



11. Kalau lah aku tak payah kerja kan bagus tapi ada sesuatu yang leh gain money dari rumah




12. Kalau lah aku ada mesin melipat baju dan mengemop lantai kan bagus...





*** Ni semua kalau kalau belaka jer..**veranganssss! tak sudah sudah!!

Tuesday, June 23, 2009

Kepercayaan karut but it is fun!


Akak teramat gumbira sebenarnya
Mana tak nye kan masin mulut akak, bila akak kata instinct akak yang bahawasanya ramai kawan2 akak ikut jejak akak iaitu menjejaki jinjang pelamin..giteww...

Firasat akak bahawasanya kawan akak 2 orang nihs yang beria ia main posing gedix bagai dengan bunga tangan akak malam nikah tu, sekarang dua dua planning ahead untuk occasion mereka by end of this year.

Tiba tiba saje berlaku..Yang mana 2 orang ini yang dulunya ade jugak keluh kesah kecewa mereka towards broken heart and fall in love with the wrong people and now the miracles is on their way! Syabas betey!

Sunday, June 21, 2009

Bosang Kedaungg

Inilah hujung minggu yang benar2 boleh rehat bagi kami sekeluarga..Pheww sekeluarga okeh! Padahal 2 orang saje. Drama lebey.



Punya la malas harini asyik terbongkang depan tv sampai cerita trek tett tett tv1 pun aku belasah tengok. "macam mana nak eja xilofon adik adik..." haha kuat volume aku pasang sampai mrBBA terbangun dari tidor..Haa tu la sape suruh tido siang kan.. aku sabotaj tu..hahahah



Speed internet pun tak tahu lah kenapa lately kadang perform ok kadang down macam ayam berak kapor. Itukah hint hint kepupusan zaman Celcom atau booth promotion P1W1Max depan guard house rumah aku tu telah menderamm semua internet connection kawasan ni demi melariskan promotion diaorang..Sabar dulu, esok esok kot pakej lagi murah haruss switch..


Harini plan nak lah masak ala ala Chef Wang..tapi sebabkan kemalasan nak ke kedai semua so terjadi lah option ..kite nak makan atau tak harini?? gilo tak makang..nak suruh guwe jadi pesakit parkinson menjelang tengahari nanti? So bermula la aktiviti treasure hunt di dapur. Since kawin memang we ols tak penah lagi soping grocery besar besaran beli sekadar stok satu dua hari memandangkan peti sejuk, kabinet dapur segala bagai belum beli lagi. So hasilnya adalah..





Bilis Cili Api al frettofedass (Abaikan chop mohor no 13 kuali tu. Baru katakan:)Ini all time fav my ex osmet makan ngan nasik panas2..Phewww



Altelurssgorengss



Bagus mrBBA tak banyak songeh makan tanpa berkata kata nampaknye.Ahaks. Tapi kalo hari2 aku bedal menu ni...merassaa lah kena zass nanti..So petang ni harus bermula aktivti mensevey peti sejuk dan benda2 lain as itu adalah item wajib perlu bagi sesebuah rumah kan. Dulu masa bujang mmg decide tamau beli sebab nanti tamau jadi orang nomad masa pindah randah tu kan..So any idea what brand yang bagus dan apa perbezaan pro & con nyer peti sejuk yang freezer di atas atau di bawah...

Such a great moment...

Yesterday rushing back home afta work..need to attend my kelig wedd. in Seremban. Since this is my 1st time attend wedd with my HUSBAND and it such a great moment dude! Exciting inside, when need to introducing your soulmate to everybody "This is my husband" Ohyeah! Even myself belum lagi rasa selesa dan sesuai dan sangat malu untuk adapt the new environment macam tu. Kekok. Contohnya macam nak say something to him esp. creating the most sadnesss phrases (nak mintak tolong dia je padahal)..rasa macam nak cakap "ala..u kan suami i...u boleh tolong bla bla bla tak" Hah! Seriuos im stuck there people! Same goes masa engaged dulu, permulaan nya sangat kekok utk introduce "my fiancee" Tapi lama lama ok dah.. But feel deep inside..its wonderful!!
Tapi mr.BBA berlakon cool dengan guwe. Di mana sesudah selesai majlis di Ipoh tempohari, dan semasa sessi mengemas rumah in the evening, dia dengan penuh kekonfidenannye called my abah as Abah jugak! Untuk pertama kali guwe dengar dengan rasa yang penuh 'woww'. Macam tu jugak bila tiba part untuk memanggil my PIL Abah & Mak..as my MIL also kekok dan tersasul as usual still remained herself "makcik" to me..Aha! Serious kekok but nasib baik cos i also called my parent Mak & Abah, now both (me and mr.BBA) keep on confusing bila masing2 cakap Mak & Abah dan soalan seterusnya akan di tanya salah seorang dari kami, "mak dan abah yang mana?"...Tadaaa...maka terciptalah gelaran Mak@Abah JB atau Mak@Abah Ipoh. Hah!



Ok back to cerita kawin tu, as semua officemate dah plan nak pergi lepas kerja, and since me and mrBBA tade ape program and mrBBA oso dengan senang hati memproduce air liur basi di rumah so joined them je lah. My kelig tu act. Pakistani and we all macam kesian lah cos his parent tak dapat dtg jauh sangat. He's such a good person lah, sebab selalu je belanja aku & kak Min :p.(tu sebab dia jadi such a good person hahaha tak lah dia mmg baik)..Dia kawin dengan orang Melayu kita and setiap kali terserempak dengan aku mesti ade je soalan pasal adat & kawin dia akan tanya dan kesian dia apabila prosedur dia tersangat lah susah mengambil masa 3 4 months untuk settle kan all the legal paper. Alhamdullilah selesai lah dia menjadi suami orang sekarang. Well nowadays kan banyak cerita2 scary pasal kawin dengan outsider ni..so govt tersangat lah strict, tp dia takde masalah cos my company come out dengan letters yang berakuan sumpah bagai untuk sokong application dia..maklumlah dia ni one of the skilled staff untuk bahagian mechanical di mana ada certain2 client yang hanya mahu dia saja untuk settlekan problem bila ada breakdown or failure. Anak emas.



For Shahid, if you read my blog..if laaa...Selamat Pengantin Baru to you & Niza!! All the best for your new life..me & Kak Min will never asked you to belanja us lagi cos we both know this will cause you trouble. Aha.



Shahid : Sumpah cam pahlawan kapur pulak engkau ni!
Dear: Please go swimming E.V.E.R.Y.D.A.Y kalau tak nanti jadi macam roti boom atau bola pingpong....larikssss :p

Pinggan sape paling banyak sisa tu?? Ahaha..


Puan Aiza.
Motif?

Friday, June 19, 2009

Serious tak paham akuh! Sakit betul hati.

Aku bukan tak suka kerja aku
Aku bersyukur dengan kerja aku sekarang dan gembira je
Tapi...
Aku benci lah hal hal politik. Serius benciiiiiiiii giler!
Aku tak nak amek tau langsung. Pegi lantak lah korang nak melalak ke nak merogol ke bunuh ke..
Tapi bila bab politik ni dah get in related dengan kerja2 aku di ofis dan sampai terpaksa tapau bawak balik ke rumah lagi (sampai rumah haram tak sentuh pung :p).
Sumpah aku jadi lagi menyampah bertubi tubi dan aku rasa nak humban semua paperwork tender ni dekat kaki kaki politik yang nak beat dalam government punya tender.
Korang (client aku @ contractor) ni memang sampah sebenarnye. Sememangnya korang bukan tau ape2 pun jangan kata technical part memang confirm hancur, bab budgeting pun korang tak tahu sebenarnye kan. Nak baca BQ pun kau tak tahu kan itu belum lagi aku suruh baca engineering drawing! Dah tu kenapa setiap kali tender2 besar ni keluar korang semua membabi buta datang dekat aku!! datang dengan tangan dan otak yang kosong. Pulak tu ade pulak kerja kerja tambahan request itu dan ini dan..yang paling menyakitkan hati aku semua akan claim yang dia kenal PM lah, tok sedara PM la, suami gabenor tu bestfren lah..Hey gile!! kau ingat ada aku kesah semua tu? dengan nada confident pulak tu cakap akan dapat project tu. Nak je aku carut carut kan...Tengah mendidih ni..
Pulak tu tadi pagi, ade yang datang walk in nohe nohe, request quotation, dah tentu lah aku yang kena buat, ok tak pe lagi, ni siap bawak gambar site project tu suruh aku scan. Pagi pagi sudah kasi suwey dan terpaksa lah kau tadah telinga "Excuse me itu super urgent ke bukan, saya ada banyak lagi kerja lain". Kau tak kan tade asst kat ofis suruh scan kan benda tu, menyirap nye aku!!!!!
Serious shit la, benda2 macam ni la buat aku menyampah nak melayan contractor2 ni, memang benar kami adalah supplier tapi pls..pls dont take us for granted lah.memang kami supply but we just follow the project requirement base on JKR punya rules, bukan ikut requirement kau yang otak kosong tu! Dengan sebab orang2 macam ni lah yang tah sape2 background dia nak masuk project2 govt. sudahnya project govt banyak yang cam haramm hasilnye, projek makmal komputer sekolah yang hasilnya sangat disaster, stadium runtuh, mahkamah tercabut bumbungnya..ha ini lah punca nye sebenarnya kalau korang nak tahu! Di sebabkan manusia2 bongok ni lah punca nya.
Aku sampai tak tahu nak cakap apa. Membuak2 berdenyut rasa hati aku ni ha. Mood aku swing.

Thursday, June 18, 2009

Jacob's Walk Of Life


Guwe kepingin pergi mende alah ni weekend ni..


Sekalik....



Thank you for showing your interest in helping us shape a healthier Malaysia.

Due to overwhelming response for Jacob's Walk Of Life, the online registration is now closed but don't be alarmed. We're having an on the spot registration so simply show up on the day of event itself. Try to show up early because goodie bags and t-shirts are limited to the first 500 walk-ins on a first come first serve basis.

Here are the details of when and where.
Date
:
21 June 2009 (Sunday)
Venue
:
Taman Metropolitan, Kepong

Be sure to wear comfortable clothes and of course bring your whole family.
We're excited and we can't wait. See you there!


Tapi guwe mau pergi jugekss!! Jom Mazli kite g nak..dekat jerr kat Highway Sampah tu je..

Wednesday, June 17, 2009

Tag.Aku tgh bosan.

1. Apakah perasaan anda sekarang?
Of cos lah happy, but sedikit kacau bilau nak catch up all the task yang di tinggal2 kan lately.
2. Saya nak makan?
Dari semalam dah tanya bertubi2 kpd mr.BBA saya..BILA NAK MAKAN BUFFET..Kalo dapat makan buffet shushi kat Shogun OU lagi kool!
3. Saya tak suka?
Kalau fauna tak suka tikus, kalau manusia tak suka yang show off dan too emo, kalau flora tak suka yang berduri kecuali durian
4. Impian saya?
Dalam masa terdekat ni? Ermmm lagi mau tanya kah? Pikir sendiri!!
5. haiwan yg saya tak suka?
Aik kluar balik soklan ni. T.I.K.U.S dan yang bervulus..Geli akuh!
6. Saya harapkan?
Sama jawapan macam soalan no 4.
7. Jika boleh putarkan masa?
Nak amek SPM balik dan tak nak jadi kuli sekolah a.k.a PENGAWAS!!
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Berbeza dan terbaeekkk dari sekarang..tak boleh nak agak. Nak yang best2 jer.
9. Handphone saya adalah sebuah?
Kata Sony Mania..W700i.
10. Saya pernah bercinta sebanyak?
Erkkk lupa dah..tanya best buddie aku lah..yang pasti mak HAWT dulu okeh :p
(Matilaa tanak reveal angka takut kena lepuk)
11. Kawan-kawan saya?
They all RAWKSS!! dan saya ramai kawan fefonenn dan saya ramai kawan lelaki dan saya tak berapa banyak kawan perempuan, kalau ade pun pasti mereka macam peel lelaki dan adakalanya berpeel fefonen. Ahakss
12. Pernah dikhianati?
Pernah jerk..Cam lahanat perangai dia.
13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Sumpah dia jadi jelmaan pocong berkuda macam cerita hantu indon..Erkk tapi tak bleh..ade dia datang ketuk umah aku..Larikssss

One Moment in Time!

Yeah! The Queen and The King is back to the line!


Welcome back Kuala Lumpur!!



Syukur Alhamdullilah segala aktiviti perkahwinan telah selamat selesai. Bermula dari hujung tahun 2008 bertungkus lumus memerah otak, tenaga kudrat dan jugak memerah poket, now it is the best time to qada' balik ketiduran yang tertunggak berbulan bulan, its time to cari duit banyak2 cover balik mana yang dah keluar macam air terjun lajunya dan segalanya2 lah kena buat untuk rumahtangga sendiri (wah rumahtangga gitu!) dan tak lupa juga dah boleh makan sesedap rasa..aha!



Kenduri di JB alhamdullilah berpuas hati walau ada sikit kecacatan dari pihak yang memang menunggu masa untuk bisnes nye lingkup tapi overall alhamdullilah.Thanks to everybody esp. to my Mak n Abah Ipoh & Mak & Abah JB, siblings, my BFF & her BF (u guys rawkks!) dan sesiapa sahaja yang menjayakan kerja kawin kami. Selamat!



Pelamin kontroversi. Build up at 2.30am. Damn crazy!


makan time..


my beloved classmate in Sek Raja Chulan Ipoh. Meletopss nox kau!



Suami ku..Ahaks..suami okeh!



My beloved parent till the end!


Still in bridal shop when the time showed 1.45pm!



Sudah tukar uniform, gembira sesudah menyental sinki dapor! Ahaha

Wednesday, June 10, 2009

Adegan yang tak mungkin kite lupakan - Tiru tajuk majalah Gila Gila 1989

Masa dulu akak dan kawan akak suka naik motor.Walau akak tak sah untuk menunggang motor masa itu, tapi ada aku kesah? Akak selalu je hangkut kawan akak. Ada macam bunyi angkut bohsia ke?Haha. Pendek kata, akak, motor, dan kawan akak tak dapat di pisahkan.


Akak dan kawan akak pun ade satu hobi, iaitu suka bercakap dan berkata2, tak kira di mana kami berdua dari dulu hingga sekarang kami asyiklah bercerita. Tak kira di kelas, di jamban sekolah tukar baju pendidikan jasmani, di pusat tuisyen, di depan rumah dan di mana mana sahaja kami akan berborak. Di sebabkan hobi itu lah terlahirlah seorang pemidato Piala Di Raja (kawan akak) dan pemantun daerah mewakili 2 buah sekolah selama 4 tahun berturut turut (akak lar).Setiap kali amek report card mesti cikgu mengadu kami berdua kuat bercakap. non stop talking. Tapi akak pelik jugak kerana sejak tingkatan 3 sampai tingkatan 5 cikgu tak penah pulak suruh kamu duduk jauh. Alih2 sebelah akak jugak dia tempek. Boleh? Oleh kerana akak dan kawan akak suka sangat berborak, balik sekolah saja kalau tak ada sekolah petang kami akan bergayut telefon sehingga terbelit wayar telefon dan masing masing akan berhenti letak gagang telefon bila dengar kerata mak bapak masing masing dah depan pagar rumah.


Kisah yang akak sampai ni kan jugak berkenaan motor, kawan akak dan juga telefon. Alkisahnya di suatu pagi semasa umat umat lain pergi berjemaah Solat sunat Aidilladha, akak dan kawan akak tak pegi pun. Kami di rumah masing masing. Mandi pun tidak. Akak anggap dia mesti sibuk buat kerja menghidang di rumah. Maklum la hari raya kan. Akak pun sama. Tapi tiba tiba akak menjadi bosan memotong timun laksa arahan dari mak akak. Cepat cepat akak potong timun tu lumat lumat. Akak mula berfikir nak meronggeng ke rumah kawan akak itu menaiki motor. Tapi dalam hati akak, akak teringin nak makan laksa mak akak dulu, tapi gedik punya pasal akak kata tak apalah balik nanti la makan puas puas. Akak pun terus naik motor pakai treksuit tak pakai helmet dan tak mandi pergi ke rumah kawan akak.


Sesampai di rumah kawan akak, akak tengok dia pun macam akak. Tak mandi dan tak pakai baju raya pun. Dia siap pakai kain pantai. Ala apatah nama dia akak lupa lak masa taip ni. Setelah makan sikit sikit kat rumah kawan akak, kami bercadang untuk pergi ke public phone di depan taman perumahan kawan akak tu. Kami pun bergembira macam kera kena belacan, tanpa masing masing tak memakai helmet, akak pecut tak sabar nak bergayut gayutan dengan monyet monyet lain.


Tiba di suatu jalan sempit bersimpang siur ibarat lidah ular ataupun umpama lidah mak andam bridal akak di JB yang celakakk tu , akak rasakan motor EX5 turbo bapak akak menjadi jadi lajunya. Mencanak canak naik meternya sehingga merah RPMnye. Akak pelik tapi akak suka je tak ada daya pulak nak selow kan perahan minyak tu..


Tiba tiba...Ada pulak makhluk hitam kecil melintas depan akak dengan jayanya menaiki sebuah basikal BMX tayar mati. Akak apelagi dengan motor turbo tu akak redah dan pasrah saja lah. Selepas bercium bercumbuan dengan basikal BMX tu, keadaan jadi senyap dan berdebu. Akak dah terbaring ala ala dugong di salai atas jalanraya tu dannnn..kawan akak pulak ibarat orang tertidur di atas tilam VONO sedapnya. Cuak jugak akak dah inna kah kawan akak tu, tiba tiba kawan akak bergerak, tengok akak dan gelak kuat kuat. Dia tak perasan kah akak yang dugong ini telah di himpap motor turbo bapak akak tu? Setelah berjaya mengesan luka luka yang akak dapat, baru kami tersedar..


Eh di mana makhluk tadi? Ghaib sudah. Pelik. Cari punya cari punya cari...rupanya makhluk itu sudah senyap dalam longkang busuk. Mau tak gegar jantung dan bulu roma akak. Akak dah tak pikir lain masa itu, akak pikir akak telah membunuh seorang manusia dan akak akan ke tali gantung nanti.matilaa statement berbaur banduan..ahahaha, tapi akak dan kawan akak still gelak gelak suka. Akak pun tanpa berlengah terjun lah ke longkang busuk dan tampar pipi makhluk itu kuat kuat, akak pun rasa lah nadi dia macam cara cara akak belajar PBSM di sekolah tapi tak sanggup pulak nak CPR makhluk tu, kawan akak pun tak pulak offer diri nak comolot dengan makhluk itu sebab nanti bau daun kari sapa mau tanggung kan...tampar punya tampar...





Akhirnya makhluk itu tersedar dari tidur nya yang ala ala di Legend Water Chalet PD tu. Makhluk itu nangis nangis sambil bertelinga darah dan mata capek dan basikal dah jadi macam karipap inti sardin penangan perahan minyak motor turbo bapak akak. Akak pun baik hati rasa bersalah gilbabs anta dia baik ke rumah dan akak tak ingat apa lagi akak buat dan yang akak ingat kami balik rumah kawan akak ikut pintu dapur dan telefon bapak akak. Masa di rumah kawan akak tu akak terdengar sudah bunyi ambulan membingitkan satu taman perumahan tu. Ko tak cuak? Makhluk itu telah di bawak ke hospital kerana klinik berhampiran semua telah tutup akibat musim perayaan.


Akak telah pasrah tunggu bapak akak sampai dan akak terbayangkan bapak akak bawak rotan duri sembilu kat akak. Mak kawan akak pun akak tak pasti dok marah apa dan kami berdua rasa amat kelakar dan takut. Akak sambil tunggu bapak akak dengan takutnya sempat berfikir lokap atau penjara mana akan akak diami dan makanan apa yang bakal di hidangkan pada akak.



Bapak akak yang terkenal dengan ke cool an nyer menjemput akak balik dan tiba di rumah semua orang terdiam dan semua orang suruh akak mandi dan cepat cepat makan laksa. Wah! Apekah? Selesai makan akan pun dilahabaukan bapak akak cukup2, mesti korang ingat akak kene tibai kan..mana boleh! Akak di marah dengan kata kata berbisa sahaja dan statement mak akak yang akak akan ingat dan jadikan pengajaran "kalau teringin nak makan apa apa sebelum keluar rumah, jamah la sikit pun jadi lah" apakah relevan nya hanya orang orang tua saja yang tau.



Petang itu sesudah selesai menenangkan fikiran akak dan bapak akan dan pakcik akak yang otai telah pergi ke rumah makhluk itu kembali demi membayar gantirugi berbentuk wang. Syukur akak tidak di heret ke balai polis dan selepas itu akak hanya bertahan 2 minggu saja tak naik motor kemudian mula balik aktiviti akak dan kawan akak sampai la kami mula merantau..



Itu saja nak cerita akak adegan yang akak tak boleh lupa dengan kawan akak yang kurang daya tahan imunisasi nyer terhadap perkara mistik. Sekian..

Atau

Atau aku kah yang panik lebih lebih
Gelabah lebih lebih
Suka pikir bukan bukan


Tapi kenapa aku jadi fobia macam ni?


Sebab mereka mereka itu pernah tipu aku 2 kali.
Buang masa aku.
Bagi aku mimpi yang ngeri satu tika dulu.
Atau mimpi itu betul??

Foolish Game! and almost Game Over!

Kesinambungan dari Entry ini
and it is almost to the end! almost to GAME OVER.
kalau main game, game over means what? Habis nyawa dan mati dan tamat riwayat kan!
Yada yada yada..it is happen to me babeh and it's not fun anymore!!!!


Sila percaya dan ini perlu di beri kepercayaan penuh bahawa until now which 3 days before my reception day in JB this coming Saturday, aku tak melihat lagi bayang baju aku.
Lagi berita bertambah buruk everyone in that particular business hilang tanpa tahu mana kubur nya. Lesap. Sunyi. Ghaib. Mati di langgar lori kah? Mati rentung di panah petir makan duit orang kah? Mati di timpa pelamin buatan sendiri kah? Mati tertelan jarum masa jahit baju pengantin kah? Mati di sorok bunian kah? Mati di rodok keris pengantin lelaki kah? Once again, it is not funny at all pondan!!


I dont even have any idea or backup plan sebab otak aku dari malam tadi macam kejung tak boleh fikir and just cry cry cry! I dont even bother if tak ada bilik pengantin, tak ada pelamin, tak ada potong kek, tak ada makan beradab...
but pls...pls..pls..aku merayu dengan kamu manusia manusia berkenaan
Just gv me 1 pair of baju pengantin..sudah cukup buatkan aku senyum lega..
Cried out loud!!!!!





Sungguh lemah aku kali ni berdepan dengan dugaan. Aku tau ini dugaan antara yang terhebat berlaku dalam hidup aku. Kalau benar tidak ada apa - apa yang berlaku dan semuanya akan miracle esok. Syukur..dan sekiranya tidak bagaimana?


Tak ada apa yang boleh menggembirakan aku saat ini..kecuali aku dapat menyentuh sepasang songket berbunga emas merah hati milik aku...:c :c :c :c



Tuesday, June 9, 2009

Bila diri di persalahkan..Ko bengang?


Kau tak mahu tahu dan terjebak dalam permasalahan itu.

Kau juga bukan pokok permasalahan itu.

Walau memang hitam dan putih kenyataan bukan kesalahan kau.

Mahupun secara abstraknya pun memang salah itu tidak pada kau.

Tapi kau perlu sedaya upaya berjuang membuktikan kau memang tak bersalah.

Tapi kenapa seolah olah berpuluh puluh jari menunding ke arah kau tanda kau bersalah?

Di mana mata hati dan akal fikiran meraka?

Sadis.

Kalau dah Allah anugerahkan hok tuh..Sila pasrah.


Pasrah. Jangan ubah.

Mata merah bagai di hiris pisau lipat seposen jual kat kedai buku sekolah.

Pedih dan kabur pemandangan ibarat akan menjadi buta dalam beberapa jam lagi.

Allah maha mengetahui.

Nak pakai lense ke tak payah?

Monday, June 8, 2009

the Best laksa in Damansara/ Kepong- Rated 6 Stars!


umm umm umm


sedapss sungguh sehingga menjilat sudu.


selekeh tak? Aha


esok nak beli double. gila haloba.


aktiviti di kala keseorangan. sigh.

Tak suka

Tak suka nak adjust2 html coding tu
Merasa la entry bawah tak berperanggan dan bulih juling sekejap bila habis baca
Mata pun tak ngantok lagi ni apesal..Akibat tido siang tak ingat diri..
Adoiii.....Nasib ade mat jiwang nak YM akuh! Kekeke

Sunday, June 7, 2009

Aper kah perancangan awal yg penting utk sebuah majlis pertunangan dan diikuti dgn perkahwinan selang beberapa bulan selepas itu?

Tajuk tak panjang tak sah! Drama mesti lebeh!
Ok tajuk tu actually taken from my BFF blog.
Boleh je drop comment kat comment box tu tapi rasa lagi ok kot share kat sini ramai2 leh tau
Aku tau ramai yang dah datang aura ni..Dah dekat dah ni...like my BFF jugak la kan!
Even berulang kali dia stated kat situ bukan sebab dia entry tu di buat..but y not kita doa2 je dia ambik apa aku jot down ni as dia punye references soon kan..
Ramai lagi ni aku tau..Dok cocok cocok angin aku nih..Ahaha..
Ramai yang verangans for the 2010 babies kan! Kan? Kan? Aha!
Sambil type entry ni turn to TV2 Live Bintang RTM berLady Gaga bagai..Langsung tak sedap..Biarlah orang cakap AF tu dah hilang AURA tapi not even one reality show in Malaysia can beat them tau!! My justification is based from the dancing yang macam berat bontot dan step ala ala malas berat nak gerak, MC of the night yang perasan bagus tak best langsung pilu'ss sepanjang masa, stage yang nan hado yang macam stage Juara Lagu zaman jinjang akak aku kumpul2 gambar artis dan hantar kad raya kat artis dan macam2 benda la..Sakit betul hati aku ni dan stop lah mengarut lebih panjang jenuh bakal2 pengantin/ pentunang ni nak tunggu topik sebenarnya..Aha!)
Ok back to the point lah..
Cerita bab kawin/tunang kan..Oh ya aku ni masih dalam mood kawin lagi ni kan. Tak habis kawin lagi aku ni..Inai pun merah lagi kan..So mungkin masih fresh sikit la kalau aku nak share ape yang aku buat untuk menjayakan wedding kami (berjaya ke?)..Boleh laaa..
Cuma beza nya ialah bab bertunang tu selang beberapa bulan tu aku tak boleh nak bagi imagination idea yang macam mana sebab gap aku bertunang adalah lebih kurang 1 Tahun 2 Bulan but doesn't matter kalo ade perancangan yang sehabis baik Insyallah semua akan berjalan lancar. Jangan risau ok. Risau tu memang wajib ade dalam nak handle hal2 ni but depends pada orang yang handlenya dan bentuk2 cabarannya..
Bertunang
She need to figure out how much the budget kan..So lets start dengan merisik/pertunangan dulu..Cost kawin ada masa nanti aku figure outkan..
Kos untuk bertunang ni terpulang kepada:
1) sejauh mana lokasi pasangan anda dengan jarak lokasi yang korang nak buat majlis bertunang tu
2) sebesar mana majlis pertunangan impian anda.
Ni aku main belasah jer la kan bajetnye dan bajet ni di kira dari poket lelaki dan perempuan combined dan ini mengikut perkiraan jarak yang jauh ye..
1) Accomodation
Depends pada berapa ramainye rombong rombong pihak lelaki. Selalu nyer tak la berduyun2 yang datang..maybe dalam paling kurang pun 3 kereta so assume ada la dalam 20 orang.
So kalo 20 orang:-
Kalo ko amek hotel boleh la dalam 3 unit
Terpulang pada rating hotel tu jugak
Rumah tumpangan macam area Pudu $25 semalam dapat dah tak termasuk service lain :p
Hotel takde bintang macam Hotel Bunga Raya, Hotel Matahari $70-$100
Hotel ade bintang sikit maybe dalam $250-$300
Hotel berbintang bintang $500 onwards lah
Condo/ Apart. Suite - $400 onwards (Kalo jenis ni 2 unit sudah memadai utk 20pax)
Kalo ko amek homestay pulak (20 orang) :-
Double storey homestay muat lah kot untuk 20 orang tapi a bit lemas - $200-$350/ unit
Single storey homestay guest boleh jadi cam nasik impit terkepit - $150-$250/ unit
** Kekurengan homestay ni jarang nak dapat banyak2 unit sederet atau dekat2..normally satu unit je..
Kalo tido umah sedara:-
Ini selamat tapi cam tak best susahkan orang pulak kalo sorang dua takpe ni ramai2..
** Gentle Reminder..**
Sekiranya occasion jatuh dalam peak season sila booking awal..at least u've got a choice..6months in adv. pun boleh!
2) Duit minyak/ Tol
Kalau boleh hulurkan lah sikit sebanyak kat sesapa yang join rombong tu. Jangan buat muka toya je tak paham bahasa. Ada jugak jenis tak paham bahasa, ingat orang yang ikut tu bayar minyak/tol guna air lior je..Even di tolak2 tapi cubaan menghulur tu mesti ada..Berbudi berbahasa kan amalan kita. kalau dapat sedara mara yang agak senang dan tak berkire selamat, tapi kalo di sebaliknya macam mana? Merasa orang ngumpat ko sampai 7 keturunan..Ingatlah!! Dek kerana penangan DUIT sedarah sedaging sanggup berpatah arang. Tak mampu cover semua separuh pun boleh buat pemanis rasa berbasi basa orang kata kan..(Gilbabs macam mak Jah sembilu pulak ayat aku kan!)
3) Barang Hantaran
Ini ada pelbagai option. Bagi adat di Perak hantarannye memang banyak2 ada yang sampai 30++ dan masa bertunang it is more to manis manisan dan makanan makanan dan ada la sikit2 barang2 diri sendiri contohnya kain baju nikah dan etc. Ada sesetangah orang yang akan all out untuk hantaran pada masa bertunang ni kerana dia tak akan ada hantaran lagi pada hari kawin dan bagi aku ini adalah sangat tidak best. Lain lah kalau nak kawin selang sebulan ke agak rasional la..Terpulang. Bagi adat Johor pula ada yang sangat pelik when it comes to hantaran berkoyan2 ni..Konsep mereka 3 berbalas 5 pun sudah cukup. Itu kata mereka lah. Juga terpulang. So barang2 hantaran tunang ni tak lah semahal bajet untuk hantaran kawin dan perlu di ingat hantaran wajib ado ialah Sirih Junjung dan Tepak Sireh.
Konsep hantaran pun di amik kira untuk kosnya contohnya kalau guna fresh flower dah tentu mahal dan nasihat aku juga tak payah beria2 nak rak buat hantaran tunang lagi simple lagi bagus sebab kalau amek yang bagai nak rak bersedia untuk acara lempar bekas hantaran (macam aku semalam). Wasting!
Dan bahan2 hantaran tu kalau bukan makanan bulih la beli masa Sales..
** Assume dalam 7 dulang design paling simple
Kalau buat sendiri - Aku tak tau nak bajet tak penah buat sendiri maybe dalam $100 - $200
Kalau tempah orang - Juga tak sure maybe & $150 - $300
Tempah kedai - Tengok pada lokasi kedai, KL - $600 - $ 700...Ipoh - $300 - $500
4) Baju/ Make Up/ Pelamin Tunang/ Bilik
Ini yang simple2 jer..Kalau nak tempah baju kat Rizalman ke, Tom Abg Saufi, Man Kajang ke ko kire lain ye!
Actually banyak bridal2 shop yang buat pakej tunang ni. Kalo area Ipoh maybe it cost you about $250 - $500 for make up dan baju. Baju tunang pun simple je kan kalau tempah pun takde masalah. Make up sahaja dalam $200-$300.
Nowadays ramai yang dah berpelamin, backdrop tunang ni..Pun tak la mahal maybe cost you bout $300 - $600 kot..Buat sendiri pun ada.
Like mine takde pun benda pelamin bagai ni..sarung cincin dalam bilik so bilik kena siap sikit la beli la cadar yang lawa2 tambah2 sikit bout $300 dah lawa dah..Simple!
5) Photographer
For me ini juga kiritirea yang agak penting dalam sesuatu occasion. Tak kire dia adalah di upah professional atau separa professional ia perlu ada. Kerana hasilnya akan menjadi satu kenangan sampai bila bila buat anda. Jangan lah anda hanya mengharapkan sesapa yang tidak berapa professional kerana hasilnya pasti mengecewakan dan anda tiada kenangan.
Photog juga kalau ada rajin mencari mereka akan datang berbagai2 pakej. Bagi pakej pertunangan tidak lah semahal pakej kahwin..dan ianya terpulang kepada rolls gambar anda dan finishing nye sama ada story book atau gambar editing biasa.
Like mine masa tunang cost me about $250 for 120 keping gambar + album + CD.
Saya berpuas hati dan masih menggunakan khidmat beliau untuk majlis kawin yang lepas.
Photog ni aku nilai dari segi angle capturing mereka, kreativiti editing dan finishingnye. tak sure korang macam mana dan pastikan photog anda tidak kerek berkira masa tenaga dan banyak songeh!
Cos sometimes i heard ada yang betul ikut jam takde tolak ansur muka ketat kalau nak arrange gambar ramai2 n etc..Sangat tidak gembira kalau macam tu kan!
Selamat memilih!
Korang bajet la dalam $250 - $400 untuk photog tunang ye.
Kenduri/ Makan makan
Ini juga terpulang. Pada yang nak buat besar2 sikit mereka akan menggunakan khidmat catering dan catering skrg kalo value nya di Ipoh cost about $8.50 to $12 per pax. Kalau di JB pulak might cost you dalam $10 to $20 kalau tak salah. Ianya juga terpulang kepada menu. Ada antaranya yang supply sekali khemah dan ada yang separate.
Bertunang mungkin tak ramai sangat..Bajet lah untuk 300 - 400 pax dan darab lah dengan pakej pilihan anda!
Untuk jimat jugak ada yang masak bergotong royong. Amount nya mungkin kurang separuh saja dari ko upah caterer tapi kena pastikan gotong royong tetap gotong royong jangan nanti tinggal royong sahaja merasa la ko nak mengemas rumah berkecah bagai nak rak!! Pinggan mangkuk kelengkapan lain juga kena sediakan ye.
Kalau majlis kecil kecilan bulih saja orang dalam rumah tu masak2 sendiri lauk pauk tengahari..Setakat masak untuk tak kurang 100 orang boleh handle lagi kot kan..
So bajetnya sedia la dalam $5000 untuk catering $3000 untuk masak sendiri dan $1000 untuk masak kurang dari 100pax
Emas
Harga emas kan tak menentu. Agak2 dah turun tu cepat2 lah berkunjung ke kedai emas. Kalau price dia dalam $100 tu kira dah cukup murah la bagi waktu ni tapi tak mungkin emas akan jadi $100 dah..
So untuk tunang dan risik kebanyakan nya perempuan akan dapat 2 cincin satu risik satu tunang. Terpulang lah pada kemampuan si lelaki..
Murah2 pun ok janji bukanlah emas Zhulian sedih ye kalau dapat! Bagi la emas tulin!
Ade orang bajet ribu ribu, ada yang bajet ratus2 je..Janji design cantik dan tahan lasak.
Paling busuk pun ko bajet la $1k
Gift
Ada juga orang yang buat gift untuk tetamu masa bertunang
Aku takde pun. Tak perlu rasanya bagi aku.
Tapi kalau nak buat bulih jer dan gift nya tak lah sehebat vass de vogue macam orang kawin
Cukup sekadar seketul cupcake atau apa2 yang bulih buat kenangan
Kalau kata cupcakes paling koman ko leh dapat mungkin $2 dengan bekas beriben
Bajet la untuk ini dalam $500 cukup dah kot tp kalo nak bagi gift dari SSF sediakan lah amount yang double dari itu :p
************
Ok..
Ini saja yang aku dapat fikir buat masa beberapa jam ini. Korang tambah2 lah jadikan jumlah yang besar untuk panduan korang menyediakan bajet tunang ni. Ingat, ini adalah majlis yang simple sahaja dan ianya terhasil dari pengalaman aku sendiri dan sekiranya ada point2 yang aku tertinggal sila tambah ye.

Empty Room

5 manusia 3 kereta dalam misi mencari ABC setinggi KLCC perasa durian Kuala Kangsar sebijik Tesco Ampang!! Kau Ado??


Semalam kami melawat 2nd Rania Amy & Azam yang cumil berusia 2 hari asyik tido belum bukak mata lagi dan kakaknya yang pipi makin sedap kalau di gigit dan merah menarik macam pakai blusher jer comel giler mr bola bola api kata sempat di cium kuat2( mentang2 kakak nak ikut dia jer masa tu) dan they told us Kakak sangat choosy kalau nak orang lelaki dukung dia..i was like? Ahha..Dear aura sudah datang tu! Get ready!! :p

Lagi cumil bile dia babai kami masa nak balik just angkat tangan 1 harkat je sikit jer babai bila tanya nak ikut tak..tannakkk geleng2 kepala..Adoi cute!
Bijaksana sungguh kami berlima haram sekeping gambo tak di snapkan..
Mungkin teruja nak rasa cucuq udang 'masakan' Azam hubby Amy..
Aha jangan main2 woooo..
Air pun sedap sampai Mr. Bola Bola Api suruh aku call Amy tadi masa beli groceries suruh tanya serbuk teh ape Azam pakai..Boleh? Jangan buat malu kompeni lah En. Shukor!

Ini baru beberapa jam, it is about 5 hours maybe
Sunyi betul rasanye takde bunyi Astro Channel Sport
Takde bunyi orang tepuk tangan tengok channel snooker
Takde orang tengok journal perang Tentera British
Kisah lakonan semula kapal terbang terhempas Discovery Channel pun tak dengar
dan pelbagai
dan...... takde orang akan conduct aku suruh buat air ikut sukatan!!!! Ahahahahaha..

He went down to JB for our reception next week and will coming back in few days time preparing for the SPA aptitude test untuk kali ke beberapa ratus dan harap ada la kebenarannye tentang sometimes ppl said..
"Wah rezeki kawinlah"
Me?
Waiting for my parent and my tentera tentera cilik soon to accompany me and we left to JB this coming Friday.

Pintu Ini..






Pintu ini di doakan memberi seribu kerahmatan apabila kita melangkah luar dan dalamnya

Pintu ini di harapkan memberi sinar keredhaan dan kebahagiaan

Pintu ini juga saksi akan kewujudan kasih sayang penghuni di dalamnya

Saturday, June 6, 2009

Wedding Gift


Alhamdullilah..
Takde la banyak sangat gift yang dapat maybe it is more to cash kot yang lebih..
Berguna betul la cash gift tu :p
But totaly smua bagi kat mak je sian mak banyak kuar duit..Ikhlas bagi kat mak..
Tapi ada la jugak barang2 yang berguna dan some of it just gv to my mom je
Susah nak angkut keta dah sarat macam bangla baru migrate..Hehe
Takkan nak buat wedding registry tu pulak tu stok orang kaya kaya bulih la..
Ni hadiah paling tak leh blah dari Mizi Store Dept ofis aku..Gile jahat..Dia kata nasib aku tak bagi 2 botol..kalo 2 botol ko dapat anak kembar..Gile kurus aku kalo dapat kembar lah!


Ini la some of the gift..adala dalam 30+ gift yang dapat..Ok laaa...tapi hadiah stendet..Gelas dan gelas dan gelas...Haha


Ye..This is my very 1st wedding gift dari Rozi my ex partner in Sunway..awal dia dah datang..Lawa hadiah dia..

Thanks to u olls yang bagi hadiah. Rasanye ada lagi kot orang utang aku hadiah kawin kannn...hahaha

Friday, June 5, 2009

Tahniah Amylia Fadzlina & Muazam

Tahniah kawanku Amy & hubbynye Azam kerana telah selamat melahirkan 2nd Rania..
Semoga kamu berbahagia dan produce lagi banyak baby okeh! Good Luck Azam next year! Ahhaha..
Jaga dua dua Rania tu bebaik tau..besor2 nanti bak kata Kak Yah kaya mak bapak kalo ramai anak perempuan..
Esok kalo takde aral kami datang ke Melewar ye..!

Cute

Orang kemas rumah pas kenduri
Dia pun sama sebok
Aku memang lah sangat tidak gemar kucing. Geli haiwan bervulus ni.
Tapi rasa cam comel la main posing-posing



Panjat tak agak agak..Semua nak tinggi semua nak naik cepat2. Poyo seh kau ni!

Thursday, June 4, 2009

Adoi penat

Penat kenduri tak hilang penat mengemas rumah pulak kena sambung..
Dah la barang banyak gile..
Nak buang sayang tak buang rumah bakal jadi muzium..
Nampak gayanya mr bola bola api sudah hint hint sipi sipi suh let go kat mudah.com.my
Adoi adoi adoi
Ni antara barang2 yang aku pening masa packing aritu..
Sekarang masih tersadai di rumah baru belum bersusun lagi..


Half of my shoes!!


Pengumpul kotak!


Kalau korang, korang buang ke buat ape nota2 cam ni? Aku tatau ar...


Half of my paperbag collection..berat cam batu bata

Mana nak letak ni wehhhh??

Wednesday, June 3, 2009

Gambar Seduts 1

Ni lah tikus kecik yang suka suka cucuk cupcakes hantaran ngan choc hantaran aku..
Sekali dia kantoi ngan aku hahahaha tengah cocok2 aku terjah dia.tau takut..
Cekelat



Hallmark Bath Towel


Polo Explorer for Men




Renoma Shirt


Some extra sweets yang last minute beli utk tambah dalam goodie bag



The one & only my Sista!


Still at home before nikah




Cik pengapit mengambil berkat






p/s : will update soon